Press Statement dari YB Chan Ming Kai yang keluar di akhbar Sinar Harian, Oriental Daily News, China Press, Nanyang Siang Pao dari 26 hingga 30 Mei 20



Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (PKR) YB Chan Ming Kai mengutuk pihak polis Pengkalan Hulu telah mengganggu pekerjaan pihak LPKP menjalankan tugas dan menghalang aktiviti NGO pada bulan yang lalu.

YB Chan memberitahu kepada media bahawa, seorang aktivis masyarakat di Pengkalan Hulu Encik Lee Sing Liong telah mengadakan satu persidangan media pada 29hb April, jam 10 pagi yang dianjurkan ataas nama Persatuan Pemandu Kereta Sewa Pengkalan Hulu mengenai masalah kereta sapu haram dari Negara jiran (disebut kereta pelancongan oleh pihak Negara Thailand) yang mencuri pelanggan mereka.

Akan tetapi, oleh kerana pihak polis telah menjemput pengerusi dan 4 orang ahli jawatankuasa persatuan tersebut ke balai polis untuk soal siasat tentang perkara ini, dan menasihatkan mereka membatalkan aktiviti tersebut. Mereka membuat perjanjian kepada pemandu tersebut bahawa polis, JPJ dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan menyelesaikan masalah mereka dan ramai anggota polis telah berkeliar di kawasan stesen teksi dan perhentian basyang berhampiran pada awal pagi.

Semua pemandu-pemandu teksi merasakan ketakutan dan tidak berani hadir pada persidangan media tersebut, walaupun pegawai LPKP dan wakil Pertubuhan Pengguna Perak turut hadir bersama. Ini telah menunjukkan pihak polis Daerah Pengkalan Hulu telah mengganggu perkerjaan LPKP dan aktiviti NGO.

YB Chan dan aktivis masyarakat Lee Sing Liong membantah tindakan polis yang menunjukkan tiada professional dan merayu pihak yang berkenaan dengan masalah tersebut bertindak segera dengan ikhlas untuk menyelesaikan masalah yang telah lama wujud ini.

YB Chan dan Lee turut merasakan kecewa kerana pihak polis Pengkalan Hulu tidak menunaikan janji mereka kepada pemandu-pemandu teksi kita, kereta sapu haram masih berada, namun mereka bebas keluar masuk dari sempadan Betung-Pengkalan Hulu.

Mereka berharap pihak berkenaan supaya mengambil tindakan seperti pegawai-pegawai JPJ dan Kementerian Pelancongan Negeri Kedah yang telah membuat keputusan terhadap semua kereta pelancongan Thailand yang dikatakan membawa “Pelancong” masuk ke Malaysia mesti mengadakan seorang “Pemandu Pelancong” atau “tours guide” Malaysia yang berlesen di dalam setiap kenderaan pelancongan Thailand. Peraturan ini sebenarnya telah lama wujud tetapi tidak diamalkan oleh pihak berkenaan keran rasuah yang berleluasa berlaku.

Sekali lagi YB Chan mengutuk pihak polis Daerah Pengkalan Hulu dan JPJ Gerik yang masih nyenyak tidur dengan tiada apa-apa tindakan untuk mencegah kereta sapu haram Thailand yang masuk mencuri pelangan teksi kita.

 
Load Counter