Selamat Hari Raya Aidil Adha


Lee Sing Long

Penyelia DUN Pengkalan Hulu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua muslimin dan muslimat Pakatan Rakyat yang berjuang bersama menegakkan keADILan. Baca Seterusnya...

ANWAR MENANG SAMAN: AKHBAR PRO UMNO DISERU TINGKATKAN FITNAH

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari memerintahkan NSTP membayar RM 100 ribu kerana artikel berunsur fitnah yang disiarkan pada tahun 2002. Kemenangan saman fitnah ini merupakan yang ketiga bagi pimpinan Pakatan Rakyat. Sebelum ini, Dato Mahfuz Omar dan Datuk Mustafa Ali turut Berjaya dalam kes saman fitnah pada akhbar yang sama pada tahun ini. Banyak lagi kes saman fitnah yang telah difailkan dan sedang dibicarakan di mahkamah termasuk saman yang dibuat oleh YAB Tuan Guru Dato Nik abdul Aziz Nik Mat terhadap akhbar Utusan Malaysia.

Selepas ini saya menyeru akhbar-akhabr pengampu dan penipu meningkatkan fitnah mereka kepada pimpinan Pakatan Rakyat supaya dapat memberi dana kepada Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan Umno@BN dalam pilihanraya umum akan datang. Kemenangan demi kemenangan kes saman fitnah terhadap akhbar pro Umno@BN ini membuktikan bahawa akhbar berkenaan tidak mempunyai integriti dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan telus kepada rakyat di negara ini. Sekaligus mendedahkan bahawa segala berita yang disiarkan tidak mempunyai nilai berita dan selayaknya edisi cetak akhbar berkenaan perlu diboikot. Daripada perabis duit beli akhbar pengampu dan penipu ini ada baiknya duit itu digunakan untuk beri pada fakir miskin atau sara anak isteri makan, ada juga faedah dan Insyaallah ada juga pahalanya.

Sumber: http://angkasanuri.blogspot.com/ Baca Seterusnya...

TANGGUH...TANGGUH...TANGGUH

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan penangguhan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah tersebut.

Keputusan Mahkamah Rayuan itu diumumkan kira-kira jam 7.30 malam. Esok merupakan tarikh akhir bagi SPR melaksanakan perintah mahkamah tinggi supaya mengeluarkan writ pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, SPR boleh menangguhkan pengeluaran writ tersebut untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.

Sumber: http://perakkume.blogspot.com/ Baca Seterusnya...

Siapa sebenarnya kena liwat??

Bukti perubatan mendapati tidak berlaku apa-apa penetrasi. Kalau macam tu, si Sayfool menipu ler.


Ater... kalau rupa itu ngapa demer nak teruskan dengan pendakwaan terhadap Anwar. Bersusah payah demer buat itu dan ini untuk kenakan juga si Anwar, apa kejadahnya??

Kata kunci pada jawapan tersebut ialah... TAAAKUUUUT!!! SYNDROME ANWAR PHOBIA!!


Weh...bukan ke si Guni Petai, kepala yang mengetuai lembu-lembu dalam Jabatan Peguam Negara. And... semuanya sudah kena cucuk hidung. Mooo... moooo... bercucuk hidung!!


Kalau sudah pernah buat taik semata-mata nakkan pangkat dulu, terpaksalah terus-terusan bergelumang dengan taik sampai mampuuuss!!!


Yang syiuknya... nak dakwa Anwar tapi bahan bukti tak bagi sepenuhnya supaya menghalang dia daripada menyediakan defence yang mantap. Mana ke adilnya kalau macam tu?? Caca-marba semua pendakwaannya. Ibarat nak berlawan dan berdepan dengan Anwar di gelanggang tetapi arahkan referee ikat tangan Anwar ke belakang. Lepas tu paksa dia masuk gelanggang lawan dengan demer. Uisy.... mampuih la!!
Itu bukan lawan namanyer.... Itu namanyer 'NAK MENGENA'!!


Iniler dia gilernyer sistem kehakiman kita, apabila ditadbir oleh orang giler kuasa.... giler jawatan. Gila dunia!!!

Oleh itu.... siapa sebenarnya kena LIWAT??

Sayfooool???


Ah.... merepekjer budak tu. Dia tu giler glamour hingga sanggup kata dirinyer dinoda oleh orang tua. Ha ha ha ha..... jenis tak da maruah.

No... no... no... not si Sayfool, tetapi yang KENA LIWAT ialah....

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/ Baca Seterusnya...

AKHBAR NEGARA INI 'STANDARD' CAP AYAM JE...

Peranan yang dimainkan oleh media sememangnya amat berkesan tidak kiralah samada melalui media cetak atau pun media elektronik. Dengan media cetak biasanya lebih tertumpu kepada akhbar dan majalah manakala media elektronik pula lebih kepada radio & TV disamping media alternatif era kini iaitu internet.

Secara peribadi pada pandangan saya selain TV dan radio, media cetak seperti akhbar-akhbar lagi lebih berkesan terutamanya kepada masyarakat desa dan luar Bandar apatah lagi didalam keadaan mereka yang masih tidak berkesempatan untuk menguasai media alternatif terkini seperti internet.

Kenapa saya berkata sedemikian? Kalau kita merujuk sejak akhir-akhir ini sesungguhnya peranan yang dimainkan oleh sesetengah akhbar milik pemerintah cukup berkesan untuk menyampaikan maklumat walaupun secara terang-terangan berita yang disiarkan adalah ‘tidak benar’ dan lebih kepada ‘dakyah palsu’ bagi mengembar-gemburkan isu yang pada pandangan kita cuma isu kecil yang boleh diselesaikan secara dalaman.

Sejak selepas PRU 12 2008 lalu, apabila lima negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah di samping Kelantan yang sedia ada di menangi dan di perintah oleh parti gabungan pembangkang Pakatan Rakyat, akhbar-akhbar ini begitu ‘rajin’ serta ‘cukup suka’ untuk menjadikan pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di kelima-lima negeri ini sebagai tempat untuk ‘menembak dan menyerang’ dengan mencari salah walaupun perkara itu hanya kecil sahaja.

Bermula dengan negeri Perak di peringkat awal pembentukan kerajaan Negeri kemudian disusuli Pulau Pinang, seterusnya Selangor dan Kedah disamping Kelantan (walaupun Kelantan sudah lali dengan serangan media sejak 1990 lagi), ‘serangannya’ dan ‘perbuatan’ yang tidak bertamadun sebagai pengamal media ini terus berterusan yang sehingga akhirnya kerajaan negeri Perak ‘jatuh’ secara tidak demokratik akibat mainan media seperti ini yang menyerang kerajaan Perak pimpinan PR setiap masa tanpa henti!

Dalam kes Perak, berbagai isu seperti kononnya isu melayu hilang kuasa di negeri tersebut, isu‘penderhakaan’ kepada Raja, isu geran tanah, isu bantuan ke sekolah serta isu kononnya ‘Menteri Besar DS Nizar Jamaluddin’ di perkudakan oleh DAP serta berbagai isu lain lagi yang di ‘diperkatakan’ di Perak sebagaimana yang dimainkan oleh akhbar ini maka akhirnya rakyat pun terutama kepada golongan tua dan veteran serta masyarakat desa dan luar Bandar turut percaya dan terpengaruh walaupun tidak semuanya!

Peranan akhbar pada era sebelum merdeka terutamanya diantara tahun 1930an – 1950an cukup besar dan amat berkesan terutamanya untuk membangkitkan semangat nasionalisme serta semangat anti kepada penjajah British pada ketika itu. Oleh kerana keberkesanan membangkitkan semangat menentang penjajahlah, beberapa akhbar dizaman tersebut telah diharamkan oleh British bagi membendung daripada orang melayu terutamanya di kampung dan desa daripada turut serta menentang penjajah!

Mungkin belajar daripada pengalaman itulah kerajaan tahu dan amat arif sekali dengan peranan yang dimainkan oleh media seperti akhbar ini cukup besar. Sebab itulah dengan bantuan seperti akhbar-akhbar ini maka sedikit sebanyak kesan daripada ‘dakyah’ yang tidak benar ini tetap disebarkan untuk bacaan dan tatapan umum rakyat Malaysia walaupun nilai berita yang dituliskan itu sama ‘standard’nya seperti sampah kerana penuh dengan fitnah, penipuan dan provokasi!

Bagi akhbar seperti ini, nilai berita itu tidak lagi penting walaupun ianya lebih berbentuk fitnah ataupun penipuan. Bagi mereka yang penting adalah akhbar ini laku dan laris di pasaran walaupun segala berita yang sensasikan ini hanyalah berbentuk kepada propaganda sahaja.

Terkini sebagai contoh, isu kononnya Dato’ Husam Musa Exco kanan kerajaan Kelantan akan meletakkan jawatannya samada sebagai exco serta jawatan politiknya selaku Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan. Sejak 2,3 hari ini, akhbar-akbar seperti ini cukup ‘berjasa’ kepada pemerintah kerana secara terus menerusnya menyerang serta menyebarkan berita kononnya ada pergolakan yang besar diantara TG Nik Aziz Nik Mat MB Kelantan serta Husam Musa sendiri akibat isu seperti menantu TG Nik Aziz, Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) dan juga isu tajaan menunaikan haji.

Sebenarnya apa yang diperkatakan didalam akhbar seperti ini hanyalah lanjutan daripada ‘siri serangan’ terbaru terhadap negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kalau kita perhatikan akhbar ini lebih menjadikan isu dalaman yang kecil ini sebagai modal mereka bagi melariskan akhbar.

Percayalah, siri serangan terhadap pemerintahan kerajaan negeri-negeri PR tidak akan habis dan berhenti di sini sahaja sehinggalah meraka berjaya ‘meruntuhkan’ atau menimbulkan 'suasana tidak stabil' pada sesebuah kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat!

Cuba kita lihat Perak kini, kalau dahulu siang malam akhbar-akhbar ini memainkan peranan dengan menyiarkan segala 'keburukan' yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin PR Perak tetapi kini lihatlah, sudah tiada langsung serangan-serangan sebagaimana yang dilakukan oleh akhbar –akhbar ini sebagaimana sebelum ‘kejatuhan’ kerajaan pimpinan PR kepada Barisan Nasional (BN)!

Apakah ini nilai dan standard akhbar-akhbar kita di Malaysia? Kenapa isu yang lagi penting seperti penyalahgunaan kuasa, rasuah, salah guna wang rakyat dan sebagainya oleh pemimpin-pemimpin BN langsung tidak dijadikan isu utama pada akhbar-akhbar mereka? Kalau ada pun hanyalah berita kecil atau di letakkan di halaman dalam bukan sebagaimana isu Husam Musa sebagai tajuk berita utama akhbar tersebut!

Apakah rakyat negara ini akan terus di 'hiburkan' dengan berita-berita sensasi berbentuk sampah ini? Sama-samalah kita fikirkan jangan sampai rakyat negara ini serta orang luar menilai akhbar kita pada standard cap ayam sahaja...

Sumber: http://ingeniur.blogspot.com/ Baca Seterusnya...

PERMOHONAN SPR DITOLAK MAHKAMAH TINGGI

Permohonan SPR bagi menangguhkan keputusan mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi hari ini. Bagaimanapun SPR akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung penolakan penangguhan tersebut.

Isnin lalu, hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Dalam keputusannya, hakim menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

Sumber: http://misabah.blogspot.com/ Baca Seterusnya...

Kes MB Perak : Hakim gantung keputusan "gantung tidak bertali".

Perbicaraan Kes MB Perak telah berlangsung untuk kali terakhir pada 5 November yang lepas. Saya kebetulan telah mengosongkan jadual lain demi peristiwa bersejarah itu dan sempat hadir sepenuhnya dalam proses penghujahan yang dilakukan pada hari tersebut.

Pada hari tersebut saya sangat berbangga dengan kesungguhan dan seriusnya DS. Nizar dan beliau hadir sama, malah mengikuti proses perbicaraan sehingga ditangguhkan pada jam 6.00 petang.

Namun paling mendukacitakan keputusan yang kononnya ditangguhkan pada hari tersebut, tertangguh sehingga hari ini.

Sehingga hari ini berarti sudah 17 hari keputusan penghakiman dan penghujahan pada 5 November tersebut digantung tidak bertali oleh 5 orang panel hakim yang ditugaskan mendengar kes ini.

Apkah sebenarnya keputusan yang akan diumumkan. namun sebetulnya saya rasakan semakin tidak percaya kepada sistem kehakiman di negara yang kita cintai ini, walaupun disinilah rasanya letaknya harapan seluruh pencinta keadilan dalan sistem kehakiman di Perak dan diluar Perak.

Siapapun tidak berhajat untuk mendahului keputusan para hakim yang arif dan bijaksana, namun bolehkan kearifan dan kebijaksanaan mereka boleh dibiarkan untuk dipertanyakan setelah lama sangat keputusan penghakimaan masih belum diumumkan.

Sumber: http://idhamlim.blogspot.com/ Baca Seterusnya...

 
Load Counter