Aha.... you're exposed!!

Kata orang dia brokernya. Tak tau nak kata ler... Tapi dalam press conference setiap katak yang melompat, muka dia pasti ada. Kata dia.... dia berada bersama mereka untuk memberi sokongan sebagai seorang sahabat. Aha.... yer ler tu.

Wow!! Mamat ini 'hebat' sungguh rupanya. Setelah baca kat sini, baru aku tahu siapa mamat ni yang sebenarnya.

Apakah dia dalang di sebaliknya lompatan katak-katak PKR?? Sebabnya... ada saja komen atau kenyataan yang dikeluarkannya selepas lompatan berlaku. Sekali lagi aku katakan.... tak tau nak kata ler. Sana sini melompat tetapi dia, tak jugak lompat-lompat. Ramalan dia... lompatan mungkin berlaku seminggu sekali. Weh... lompatan berstatetgi ke?? Lompatan buat gempaq, cari publisiti murahan. Eleh.. orang tak heran dah. Nak lompat seminggu sekali ke.... hari-hari ke..... sekali gus ke... lu orang punya suka!!

Yang syiuknya.... apabila lompat, mereka bagi alasan bodoh, tak masuk akai. Alasan nak cover line... sebenarnya alasan sour grape kerana tak dapat jawatan dalam GLC dan tak dapat projek. Apabila tembelang diexposed, mula nak saman orang tu dan orang ni. Alahai... masih nak menegakkkan benang yang basah. Benang basah tak mahu tegak dah weh oi!!

Kesian mereka.... masuk PKR apah pun tak dapat. Jadi miskin ada. Isy... mana boleh jadi macam ni. Tak boleh jadi... tak boleh jadi. Oleh itu, sebelum jadi papa kedana lebih baik, lompat ke lubuk taik yang memberikan peluang untuk dapatkan habuan. Fuulaammaak.... dengar ceriter, main juta-juta!! Fuiyooo..... kaya ler komer!! Jadi katak jutawan segera.

So... lain-lain yang masih berada dalam PKR yang mahu jadi katak jutawan segera... aku cadangkan daftar nama komer segera kepada Sallehuddin agar dia boleh berada bersama komer semasa lompatan nak diisytiharkan nanti. Cepat...... sementara tawaran masih terbuka dan duitnya masih ada.

Ong gedek-gedek.... Ong gedek-gedek.... Ong gedek-gedek....!!! Syuuuhhh.... syuuhhh... cepat... cepat. Lompat katak lompat!!!

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter