Moh ucap tima kasih pada ameno ...

Zul Kulim ini last kut. Lain2 YB PKR dijangka tak lompat dah. Kemuncaknya segala khianat ada pada Zul Kulim. Kelaku Zul Kulim memang macam UMNO. Tengak cara dan lagaknya, sah PAS dan PKR atau PR kena kelentong. Pandai bebenor dia ni ngecek. Ngancuk wak mike Zul Kulim. PAS awai2 lagi udah kena ngan Zul Kulim. Anwar lagi teruk dikenakan. Zul Kulim bukan saja berjaya masuk dalam kelambu Anwar, bahkan boleh juga satu ‘selimut’ dengan Anwar dan Kak Wan.

UMNO frust kerana hanya berjaya bebaskan tiga YB PKR je. Umpannya si Zul Kulim itu pulak telah dibebaskan oleh tuannya lebih awal dari jangkaan. Deme ingat kes si Zul ni bolehle bertahan sebulan lagi. Rupa2nya hancuss. Matlamat dua pertiga untuk persempadanan semula tidak kesampaian. UMNO memerlukan 6 YB lagi untuk melompat dalam tempoh setahun. Silap2 Kuli yang lompat ke PR.

Teman pernah tulih yang pengundi setia UMNO dan PR hanya dalam sekitaran 40%. Masing2 nak berebut yang baki 20% lagi tu. Ternyata UMNO silap congak. UMNO masih menggunakan pendekatan dedulu. Pendekatan pengundi adalah tak berakai. Dedulu bolehle buat apa je, pengundi percaya. Hari ni jangan harap. Majoriti 20% ini adalah golongan muda di bawah usia 50 tahun. Keme udah berakai. Panggil makan, keme makan. Panggei berimpun nyambut MB DPulau, keme datang siap tepuk tangan lagi. Boleh ambik bahagian dalam dialog. Boleh puji2 UMNO. Tapi tang nak ngundi UMNO, sorry wehh.

Esok MB DPulau ada di Parit. Datang nak rasmikan gotak kecik. Huh, teman tengak tadi bangunan di Pekan Parit udah kuning weii. Dalam tempoh seminggu Parit udah berubah jadi kuning. Cepat bebenor deme ngecatnya. Tiga empat bulan lagi abihle lekang catnya. Dulu masa sultan rasmikan gotak besor, takde pulak deme ngecat Pekan Parit. Takat tebaih lalang tepi jalan jer. Heran teman, ketika bajet makan bebudak sekolah kena potong, ada pulak duit ngecat Pekan Parit. Lebih heran lagi, masa sultan datang rasmi gotak besor, takdepun dicat baru Pekan Parit. Maknanya MB DPulau ni lebih besor daulatnya sehingga mesti berlatar belakang warna kuning walaupun datang hanya untuk rasmikan gotak kecik. Tapi iyele, kalo dikekalkan cat lama yang warna biru, tak nampak pulak batang tubuh dia ..

Kalo le duit itu deme ngagihkan magi orang kampung, adale juga pekdahnya. Esok sape nak makan free datangle ke Parit. Malamnya siap ada qiamulai lagi. Qiamulai dengan MB DPulau. Tentu ada makan lagi. Teman hanya ada dua pilihan, mengholoh atau tido? Mengoloh atau tido, bukannya qiamulai yer.

Itu sebab UMNO tak berani buat PRU di Perak. UMNO cukup susah nak ngagak pengundi deme ni banyak mana lagi yang tinggeinye. Yang mati tetiap hari tu pulak, majoritinya adalah pengundi UMNO. Yang meramaikan majlis UMNO hanyalah orang2 tua yang udah hilang pengaruhnya pada anak2. Silap2 anak deme yang pengaruhi deme. Ituler UMNO, ingat keme ini tak berakai ke nak ngundi UMNO. Mintak maaf ...

Berbalik kepada YB yang lompat2 keluar daripada PR, dipersilakan. Lompatan membersihkan PR. Lompatan yang membuatkan sokongan kepada PR semakin bertambah. Pengundi yang 20% tadi tidak akan percaya akan alasan tidak berakai yang dicakapkan oleh deme yang melompat. Konon deme itu adalah pejuang agama dan bangsa. Baguih punya skrip. Sape nak percaya wei? Sebelum lompat, kulu kelo dengan C20. Udah lompat ke darat ke baroh pulak dengan mata belalang. Nampak sangat mewahnya. Takkan duit turun dari langit bila melompat .. pirahhh

Terima kasih UMNO kerana membantu membersih dan mengembalikan sokongan 20% pengundi kepada PR. Cari dan pujukler lagi YB PR, khususnya YB PKR yang bermasalah. Teman alu2kan ...

Sumber: http://jantantuya.blogspot.com/

 
Load Counter