Warga Gopeng Hagen Kecoh Lagi...Angkara Kerajaan Tempatan Pimpinan Zambry.

Belum pun reda isu penyelewengan pemberian hak milik tanah di Kampung Tersusun BaruSungai Itek,Gopeng yang menyediakan 10 kuota ajaib kepada Ketua Bahagian Umno Gopeng untuk mendapatkan tanah tersebut.

Kini MDKS (Majlis Daerah Kinta Selatan) dibawah kerajaan Haram BN pimpinan Zambry memberikan satu lagi hadiah istimewa hujung tahun kepada penduduk Gopeng,dengan menguatkuasakan Sistem letak kereta berkopun,berkuatkuasa pada January 2010


Lihatlah bagaimana Pekan Gopeng yang boleh diumpamakan Pekan Koboi dengan kemudahan yang terbatas,Bangunan lama yang semakin Usang tidak dijaga dan diselenggarakan dengan baik oleh pihak MDKS yang mendatangkan bahaya kepada pengunjung di Pekan Gopeng.
Sedangkan banyak kerja buat yang dijalankan oleh pihakMDKS masih tidak mampu memuaskan hati warga Gopeng sehingga sekarang.


Inilah gambar yang menyakitkan mata memandang,bangunan yang terletak ditengah-tengah Pekan Gopeng membahayakan para pengguna kenderaan yang meletakkan kereta di kawasan ini.Apakah patut MDKS menguatkuasa sistem letak kereta berkopun..??

Apakah mereka hanya memikirkan kantung duit MDKS sahaja? Zambry sebagai ketua kerajaan di mana MDKS dibawah tanggungjawab beliau seharusnya melakukan sesuatu agar perkara ini ditangguhkan dahulu..realisasikan slogan Rakyat didahulukan..Jangan sampai Rakyat MENDAHULU undang-undang..

Bai : Oleh kerana Pekan Gopeng udah macam Pekan Koboi,lebih baik pihak MDKS sediakan tempat "Tambat Kuda" lagi sempoi..Kuah3

Sumber: http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/

 
Load Counter