Anwar dakwa kerajaan gagal tarik pelabur antarabangsa

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 8 Dis: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) mempersoal kegagalan kerajaan dalam menarik minat pelabur antarabangsa untuk melabur di negara ini.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen menyambut baik usaha yang dilakukan oleh Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam meletakkan Bursa Malaysia sejajar dengan pasaran antarabangsa sebagai sebuah destinasi penjanaan dana yang kondusif.

Namun beliau hairan mengapa usaha itu masih gagal menarik golongan pelabur luar.

"Saya terima baik langkah-langkah yang diambil kerajaan tapi masalahnya mengapa dengan kecekapan Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti itu, kita masih gagal menarik minat peabur antarabangsa untuk jadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi pelaburan," katanya sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi.

Anwar turut mendakwa kegagalan itu sebenarnya ada kaitan dengan krisis keyakinan pelabur antarabangsa terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya percaya ini ada kaitan dengan krisis keyakinan mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri, datuk Najib yang seri dinafikan," katanya.

Beliau meminta kerajaan menjelaskan sejauhmana kebenaran langkah yang diambil kerajaan ini dapat menarik pelabur asing memandangkan data pelaburan menyatakan bahawa Bursa Malaysia berada di kedudukan tercorot brbanding Jakarta dan Singapura.

"Saya minta penjelasan daripada kementerian, apakah langkah yang diambil sekarang ini dapat menarik pelaburan sebab data pelaburan menyatakan sebaliknya,"soalnya.
Sebelum itu, datuk Nur Jazlan Mohamed (BN Pulai) meminta Menteri Kewangan menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan syarikat antarabangsa untuk menyenaraikan saham mereka dalam Bursa Malaysia.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung (BN-Alor Setar) dalam jawapannya memberitahu Bursa Malayssai dan SC mengambil enam inisiatif dalam menarik pelabur antarabangsa antaranya menganjurkan taklimat kembara dan penyebaran risalah ke China, Vietnam dan India bagi menarik penyenaraian asing.

Sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/

 
Load Counter