No To ISA gegarkan pusat bandar Kuala Lumpur!!!

Pelik bin ajaib... mengapa kerajaan UBN takut sangat dengan suara hati rakyat yang didemonstrasikan melalui perhimpunan anti-ISA ni? Mengapa mereka takut dan liat sangat nak hapuskan ISA?


Senang jer jawapannya..... Sebab.. ISA ini, alat yang mereka guna untuk menekan sesiapa saja yang mengugat kepentingan politik mereka? Yang selalu jadi mangsa... ialah pihak yang menjadi pembangkang kepada mereka. Selain itu... golongan pencinta Islam yang dilabelkan sebagai pengganas. Mereka ini menjadi mangsa, sebab UBN nak mengampu pihak luar yang anti-Islam.


Pendek kata... ISA ini telah disalahgunakan oleh UBN untuk kepentingan diri mereka. Sepatutnya, ISA tak perlu pun ada sekarang kerana kita sudah ada pelbagai akta dan undang-undang untuk menangani segala macam permasalahan yang berkaitan perlanggaran undang-undang di negara ini. Malangnya... itu pun telah ada yang disalahgunakan oleh UBN.


Hari ini..... puluhan ribu rakyat dari seluruh pelusuk tanah air telah menggegarkan Kuala Lumpur dengan berkumpul di tengah-tengah ibu kota untuk berhimpun bagi membantah ISA dan menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang DiPertuan Agong.


Solidariti yang rakyat tunjukkan amat mengkagumkan. Mereka sanggup disirami air asid.... 'menangis' merah mata kerana tembakan gas pemedih mata.... sanggup berkejar-kejaran dengan anggota pasukan keselamatan..... sanggup dikasari dan sanggup digari, ditahan dan ditangkap, demi memperjuangkan satu tujuan murni iaitu menghapuskan ISA!!


Dalam perhimpunan hari ini, ramai yang telah ditangkap oleh polis termasuklah beberapa para pemimpin Pakatan Rakyat. Ada yang ditangkap sebelum perhimpunan bermula..... ada ditangkap semasa perhimpunan dan ada juga ditangkap dekat last-last nyer.... Pasukan polis nak tangkap??? Tangkap ler!!! Demer ni.... jenis rakyat dan pemimpin yang tahan diuji..... Bukan macam pemimpin UBN..... cakap besor tapi tak da telor!!!


Ooooohhhhh..... best nyer, sebab dah lama tak happening macam ni. Sekali-sekala, kita kena bikin gempaq sikit.... biar dia orang tahu!! Biar satu dunia tahu dan lihat sendiri kezaliman mereka. Ini ler dia pemerintahan Piem Najib Satu Malaysia yang kuku besi. Kalor ler tak disebabkan sekatan oleh pihak polis ke pintu-pintu masuk ke Kuala Lumpur dan ke kawasan tempat perhimpunan, sudah tentu ratusan ribu manusia akan 'menggempabumikan' pusat bandar Kuala Lumpur hari ini babe......!!


Walaupun misi untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang DiPertuan Agong tidak kesampaian akibat sekatan dan kawalan ketat anggota pasukan keselamatan di kawasan Istana Negara, namun... dengan anggaran 20000 manusia yang menyertai perhimpunan hari ini, pun sudah dikira satu sukses. Lain kali.... kita buat lagi komer!!! Bior penin kepala demer....


Biar rakyat tengok kezaliman mereka. Yang dituntut cuma keadilan dan kebebasan daripada akta zalim yang tidak berperikemanusiaan. Ya... selagi akta zalim ini tidak terkubur, selagi itu lah rakyat akan bangkit menentangnya!!!


Say No To ISA!!!!

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter