One Malaysian Boleh!!!

Pic: Perisik Rakyat @ Topeng Perak

Mengapa perhimpunan mansuh ISA menjadi kecoh?? Sepatutnya perkara ini tidak perlu berlaku. Pihak GMI telah cuba untuk berjumpa Menteri Dalam Negeri iaitu Hishamuddin Tun Hussein bagi memaklumkan kepadanya hasrat untuk mengadakan perarakan secara aman bagi menyampaikan Deklarasi Rakyat kepada Yang DiPertuan Agong tetapi mereka hanya dilayan oleh seorang pegawai berpangkat rendah sahaja.


Pihak GMI telah terlebih dahulu membuat perancangan rapi dan strategik dari semua aspek bagi memastikan perarakan itu berjalan lancar, secara aman, tertib serta teratur dan akan tamat dalam masa satu setengah jam. Setelah Deklarasi Rakyat diserahkan kepada pihak istana, perarakan tersebut akan bersurai secara aman. Malah, pihak GMI juga telah menasihati orang ramai supaya membawa bekalan air minuman serta beg plastik untuk memastikan agar sampah tidak dibuang di merata-rata tempat.


Selain itu, pihak PAS telah mengarahkan 1300 Unit Amalnya untuk mengawal perarakan dan para pesertanya agar tidak bertindak di luar batas undang-undang. Para peserta juga dinasihatkan tidak membawa sebarang senjata atau barangan yang boleh membahayakan. Para peserta pula datang beramai-ramai semata-mata untuk menyatakan sokongan kepada gerakan memansuhkan ISA.


Polis Diraja Malaysia yang berpanjikan raja sepatutnya lebih mesra rakyat dan membantu mengawal perarakan aman tersebut serta memastikan ia berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Jika ini dilakukan, semuanya akan selesai dalam masa yang singkat.


Malangnya, mereka pulak yang bertindak sebagai raja di Malaysia. Merakalah yang telah menimbulkan provokasi dan bertindak ganas terhadap para peserta perarakan. Tindakan sedemikianlah yang menyebabkan para peniaga menutup premis perniagaan masing-masing. Anehnya, kerajaan pula telah meletakkan kesalahan tersebut kepada pihak penganjur dan peserta perarakan. Bukankah lagi ramai orang.... lebih baik untuk perniagaan? Tetapi, oleh sebab, dari pengalaman lepas, para peniaga sudah arif akan provokasi serta keganasan polis ini. Lantaran itu, mereka bertindak menutup premis perniagaan masing-masing, kerana mereka sedar dengan kehadiran ribuan polis... kekecohan pasti berlaku!!


Tindakan provokasi polis ini merupaka satu tindakan yang mencemarkan imej pasukan polis itu sendiri. Rakyat makin marah dan benci kepada mereka dan oleh sebab itulah mereka dilabelkan sebagai barua dan balaci kerajaan UBN.


Yang peliknya... perarakan pro-ISA anjuran Pewaris tidak menghadapi masalah sehebat yang dihadapi oleh gerakan anti-ISA. Dalam puluhan ribu peserta Anti-ISA yang menuju ke istana negara, seorang pun tidak berjaya sampai ke destinasi tersebut. Yang syiuknya pulak, hanya seorang manusia dari kumpulan pro-ISA telah dengan begitu mudah, berjaya meloloskan diri daripada kawalan ketat ratusan pasukan polis yang berkawal di situ dan dengan begitu mudah berjaya menyampaikan memorandumnya. Aneh.... aneh.... Ini jelas menampakkan sikap double standard pasukan polis.


Yes, hebat sungguh. Ribuan rakyat gagal tetapi ONE MALAYSIAN Boleh!!!

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter