PRK Permatang Pasir: Semangat UMNO sudah pulih

Kematian bekas ADUN Permatang Pasir, Dato' Hj Mohd Hamdan Abdul Rahman telah membuka ruang untuk satu lagi pilihan raya kecil diadakan di Pulau Pinang. Ini bermakna di Permatang Pauh saja sudah ada 3 PRK.... bermula dengan PRK bagi Parlimen Permatang Pauh, diikuti dengan PRK DUN Penanti dan kini PRK bagi DUN Permatang Pasir pula....


Dalam pilihan raya tersebut, UBN telah mengalami kekalahan teruk di tangan PKR, di Permatang Pauh, , manakala di DUN Penanti pula, UBN tidak bertanding dan sekali lagi PKR telah memenangi kerusi DUN tersebut apabila mengalahkan calon-calon bebas. Sekarang.... UBN siang-siang telah mengumumkan kesediaannya untuk bertanding bagi merebut kerusi Dun Permatang Pasir.


Seperti mana yang diketahui, DUN Permatang Pasir merupakan kubu kuat PAS dan mengapa pula UBN sekarang begitu berani untuk bertanding.... sedangkan semasa PRK Penanti, mereka bertindak pengecut? Apakah setelah berjaya mengurangkan majoriti PAS di Manek Urai mereka mendapat semangat baru untuk menyertai PRK Permatang Pasir?


Mungkin bagi mereka, pengurangan majoriti kepada PAS di Manek Urai merupakan satu indikator yang mereka mula mendapat semula kepercayaan dan sokongan rakyat.


Pakatan Rakyat, on the other hand.... tak boleh pandang remeh dengan perkembangan ini. Dengan pelbagai helah dan isu yang dimainkan oleh UBN untuk memburukkan imej Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini, tidak mustahil sokongan rakyat akan beralih kepada UBN. Kalau tidak banyak pun.... sedikit pasti ada.


Oleh demikian, PAS mesti betul-betul mendapatkan seorang calon yang setanding dan sepopular Allahyarham Dato' Hj Mohd Hamdan Abdul Rahman untuk bertanding menentang UMNO. Pemilihan calon yang tepat adalah penting untuk menjamin kerusi PAS/PR kekal di Permatang Pasir.


Hubungan tak mesra antara PAS dan PKR di Permatang Pauh juga mungkin menjadi faktor yang bakal menjejaskan majoriti PAS/PR di situ. Lantaran itu.... sikap buang yang keruh dan ambil yang jernih adalah penting untuk mewujudkan kerjasama erat bagi mengukuhkan lagi jentera pilihan raya Pakatan Rakyat bagi menjamin kemenangan PAS/PR dalam PRK Permatang Pasir.....


Apa-apa pun....kita tunggu pengumuman rasmi SPR tentang pengosongan kerusi DUN Permatang Pasir serta tarikh penamaan calon dan hari mengundi bagi PRK tersebut.

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter