Abe Uji Di Jangka Akan Menang

Berdasarkan kaji selidik yang dibuat di kalangan 716 respondan di Manek Urai mendapati calon PAS dijangka akan menang dalam pilihan raya kecil ini. Namun begitu, ia berkemungkinan sengit kerana beberapa isu tetap menjadi kontroversi yang perlu di selesaikan PAS dengan segera. Dalam pada itu, para pemimpin PAS, PKR dan DAP berpadu tenaga di Manek Urai bagi membolehkan calon mereka, Mohd Fauzi Abdullah atau lebih di kenali sebagai Abe Uji menang dalam pilihan raya kecil itu nanti.


PAS juga dalam isu-isu berkaitan kepentingan bangsa Melayu, juga lebih diyakini dan semakin mendapat kepercayaan rakyat, khususnya dalam memperjuangkan isu bahasa, pendidikan dan pembahagian ekonomi orang-orang Melayu. PAS beruntung kerana keperibadian dan kepimpinan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan, begitu disanjungi dan dihormati rakyat dari tahun 1990, kekal sehingga kini. Namun, petugas-petugas PAS tidak seharusnya terlalu yakin dengan kelebihan yang ada. Mereka harus bekerja lebih keras untuk mempertahankan kemenangan PAS di Dun Manek Urai.

Dalam kepentingan memperjuangkan agama Islam PAS lebih kehadapan, ini telah terbukti di negeri Kelantan. Kepimpinan PAS ternyata bersih dari segala tuduhan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah. Ini di akui oleh UMNO sendiri. Masyarakat Kelantan masih lagi dicirikan sebagai masyarakat yang berpegang pada agama. UMNO pula tidak mampu untuk menyediakan kepimpinan agama yang mampu menarik minat masyarakat Kelantan. Kepimpinan UMNO kelihatan elit dan jauh daripada masyarakat akar umbi Kelantan yang masih 'berselera kampung'. Ini jelas dalam pemilihan calon UMNO BN, Tuan Aziz. Semua ahli, penyokong PAS serta Pakatan Rakyat harus mengambil peluang untuk menyanggah doktrin kebatilan yang di bawa UMNO BN di Manek Urai, bekerja keras untuk memenangkan calon PAS, sekaligus memperkukuhkan pengaruh PAS di Negeri "Serambi Mekah ".

 
Load Counter