Babi punya penangan....

Hebat haiwan bernama babi ni. Macam-macam bencana dan hal yang dibawa oleh babi. Sekitar 1999-an negara kita digemparkan dengan penyakit Japanese Encephalitis yang ada kaitan dengan babi. Penyakit yang boleh membawa maut ini dibawa oleh nyamuk 'culex' yang membiak di kawasan ternakan babi yang kotor dan tidak diurus dengan sempurna... Akibat nyer, babi-babi mengakibatkan babi-babi dijangkiti virus ini.


Banyak babi telah dikorbankan demi menyelamatkan nyawa manusia dan mencegah daripada merebak nyer wabak JE. Demi nyawa manusia..... dan takut punya pasal, semua orang redha.


Sejak itu, ladang-ladang ternakan babi terus di pantau dan di selia. Banyak tempat ternakan babi dihadkan dan pindahkan ke kawasan yang jauh dari tempat tinggal manusia bagi mengelakkan bencana JE berulang.


Kerana isu babi juga lah.... negeri Melaka dan Selangor kecoh satu ketika dahulu kerana ada pihak yang tak puas hati apabila mereka terpaksa berpindah dan terdapat juga segelintir manusia yang cuba mengambil kesempatan atas isu babi ini. Kesian babi-babi ini.... Ada manusia yang benci babi..... tapi ironi nyer, guna pulak babi untuk mengaut keuntungan peribadi dan bila terbongkar.... cuba menuding jari pada pihak lain. Konon nyer cuba nak cover line.... tetapi akhir nyer, malu sendiri dan terus berdiam diri. Itu ler dia babi punyer hal.....


Kini, isu babi kembali lagi, apabila kita digemparkan pulak dengan H1N1 atau lebih dikenali sebagai Selsema Babi atau Swine flu.... Virus H1N1 ini mempunyai symptom-symptom yang sama dengan selsema yang pernah menyerang babi dan selsema ini dikatakan bermula di satu kawasan penternakan babi di Mexico. Dari situ, ia terus merebak ke merata pelusuk dunia termasuk ler Malaysia.

Nampak gayer nyer busuk lagi ler nama haiwan babi, walaupun ia disebarkan melalui manusia kepada manusia. Gejala H1N1 membimbangkan kita, kerana semakin hari, kes Selsema Babi ini semakin meningkat.... So, kita kena ler berjaga-jaga agar tak dijangkiti selsema babi ini. Itu ceriter babi yang ada kaitan dengan dengan H1N1.....


Di utara Malaysia, di negeri jelapang padi iaitu Kedah, masalah babi juga sedang melanda. Kali ini yang dijangkiti bukan manusia tetapi politik negeri Kedah. Akibat perobohan tempat penyembelihan babi, maka wakil tunggal DAP Kedah, membuat keputusan untuk tarik diri daripada Pakatan Rakyat. Sebenar nyer, ada masalah lain yang tidak mengembirakan DAP Kedah tetapi yang 'trigger' ia keluar daripada PR ialah isu berkaitan babi. Alahai..... babi, malang sungguh nasib ko. Kesian ko babi..... kerana ko sering dimanupulasi untuk menghalalkan sesuatu tujuan.....


Aduhai.... DAP Kedah, be rasional ler sikit. Don't be too emotional. Jangan terlalu banyak meminta-minta. Kalau tak dapat apa yang diminta.... alamat nyer akan kecewa. So, kalau nak minta pun, berpada-pada ler... dan buat ler permintaan yang berpijak di bumi nyata. PR ler satu-satu nyer harapan rakyat Malaysia untuk bergerak menuju Malaysia Baru. Jangan spoil harapan yang kita ada. Entah-entah babi pun, samada... geleng kepala atau ketawa, tengok gelagat kita, manusia. Pikir dan renungkan ler.....

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter