DAP Kedah; Jangan ikut UBN..

DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.Sebelum itu, pada jam 3.30 petang petugas Majlis Bandaraya Alor Star menjalankan operasi merobohkan pusat penyembelihan tersebut.


Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya.DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut.


Dan pada kira-kira jam 5 petang tadi, Thomas mengumumkan keputusdan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat.- Malaysiakini..

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyerahkan kepada DAP Pusat untuk menentukan tindakan DAP negeri ini keluar daripada Pakatan Rakyat. Katanya, beliau bersedia menerima keputusan itu jika DAP negeri ini mengatasi keputusan DAP Pusat.


"Saya serahkan Pas Pusat dan pimpinan Pakatan Rakyat Pusat untuk menentukan isu ini. Apa yang saya kesal mereka ini main politik apa...perbuatan ini seolah-olah mahu mengembalikan kerajaan Kedah kepada Barisan Nasional (BN). - Berita Harian
usinkata; pendapat saya yg tumpul ini menyimpulkan bahawa dalam banyak-banyak anak..sudah semestinya ada jua yg agak nakal dan degil dan memberi banyak masalah kepada ibu bapa..maka dengan isu terbaru DAP Kedah wajar sekali DAP Pusat memainkan lebih banyak peranan dan menyelesaikan apa jua masalah yg timbul...yg ditimbulkan oleh anak-anak mereka...
Semoleknya juga Pakatan Rakyat perlu membincangka perkara ini dengan lebih cepat agar jangan disensasikan oleh media-media UMNO/BN yg selamanya menjadi "jerat"..
Sesekali celupar juga katahati saya ini...adakah tindakan DAP Kedah ini seolah-olah ingin mencari publisiti..almaklumlah..cuma ada satu sahaja kerusi DAP di Dun Kedah...
Langkah dan gaya serta tarian yg ditimbulkan oleh DAP Kedah ini tidak ubah seperti komponen-kmponen BN yg sudah ditinggalakan oleh rakyat Malaysia..oleh itu janganlah bersikap seperti mereka yg kini menanti utk dilupai oleh rakyat buat selamanya..
Harap DAP Kedah dapat membawa satu bentuk cara berpolitik "baru" dan menggantikan cara berpolitik zaman 50,60,70,80,90an...tindak tanduk anda kini saling tak tumpah seperti UBN..

Sumber: http://apadianie.blogspot.com/

 
Load Counter