SPEAKER BAGI KEBENARAN, SUK & PEJABAT MB PULA JADI PENGHALANG

Speaker memberi kebenaran kepada semua media dan blogger membuat liputan esok di sidang DUN Perak. Tetapi sehingga sekarang ramai wartawan dan blogger masih belum diberi PAS kebenaran oleh SUK dan Pejabat MB. Perkara ini jelas bertentangan dengan kenyataan Zambry dalam blognya yang kononnya bersikap terbuka dengan semua media dan mengalu-alukannya. Tetapi hakikatnya untuk mengisi borang bagi mendapatkan PAS kebenaran tersebut sehingga sekarang cukup sukar.

Speaker berkuasa memberi kebenaran atau menghalang sesiapa sahaja untuk memasuki dewan, tetapi untuk membolehkan masuk ke dalam dewan, terlebih dahulu orang ramai akan memasuki pintu pagar Bangunan Perak Darul Ridzuan. Di sinilah Dato' SUK akan guna kuasanya menghalang dari memasuki bangunan walaupun diberi kebenaran oleh Speaker.

Berbeza ketika PR berkuasa dulu, tiga kali sidang DUN diadakan semua wartawan dan blogger diberi kebebasan untuk membuat liputan, bahkan sidang DUN diberi kebenaran disiarkan secara live melalui internet. Seluruh dunia dapat mengikuti sidang DUN Perak. Rakyat berhak tahu apa yang berlaku dalam sidang DUN, media arus perdana pula tidak berlaku adil dalam membuat liputan dan siaran.

http://misabah.blogspot.com

 
Load Counter