Mohammad Sabu kena cekup!

Pengerusi Badan Mobilisasi Demokrasi PAS Pusat ,Tn Hj Mohamad Sabu , khabarnya telah diambil oleh pihak SB sebentar tadi berhampiran pejabat Harakah ( Jalan Pahang).

Itulah antara langkah keselamatan yang diambil oleh pihak keselamatan yang kononnya mahukan persidangan DUN Perak berjalan lancar esok.

Penangkapan Mohamed Sabu dipercayai bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai hadir menyaksikan persidangan DUN Perak pada 7 Mei, esok.Kehadiran mereka bukan untuk berdemonstrasi dan jauh sekali untuk membuat kacau atau huru hara.

Sampai bila rakyat mahu ditindas dan diperbodohkan? Kalau Suruhanjaya Bebas Salah laku Polis dan Complaint –IPCMC dilaksanakan, sudah tentu PDRM tidak akan disalahgunakan seperti mana hari ini.

http://alhusseyn51.blogspot.com

 
Load Counter