Dato' SUK dan pihak polis telah mencampuri urusan dalam dewan

SELEPAS berlaku kekecohan yang berpanjangan dari pagi tadi, akhirnya Sidang DUN Perak disempurnakan perasmiannya oleh Tuanku Raja Muda, lapor Misbahul Munir Masduki, Ketua Penerangan PAS Perak pada blognya.

Penyempurnaan sidang DUN kali ini, katanya cukup tidak sempurna dah teratur. Berlaku pelanggaran Undang-udang dan Perintah Tetap Dewan Negeri Perak yang sangat ketara.

Dato' SUK dan pihak polis tambahnya, telah mencampuri urusan dalam dewan. Belum pernah berlaku pasukan polis masuk dalam dewan dan mengusung Speaker keluar dewan. Urusan DUN telah dicemari.

Dakwa Misbah lagi, Dato' SUK juga memainkan peranan yang cukup kotor, menghalang media dan mereka yang dapat kebenaran khas Speaker, campur tangan dalam urusan pengendalian sidang DUN dengan mengenepikan peranan Speaker. Jam 4.05 minit petang tadi, sidang DUN telah ditangguhkan oleh Speaker Haram BN.

http://sanggahtoksago.blogspot.com

 
Load Counter