7 MEI : BAKAL MENGISI BUKU SEJARAH

Jabatan Kajicuaca tidak berupaya membuat ramalan. Ini kerana kelengkapan yang mereka miliki tidaklah secanggih “media baru” yang dipunyai oleh para Bloggers . Pada Tanggal 7 Mei ini ada Ramalan yang menjangkakan seluruh negara akan diliputi tompok-tompok hitam dimerata tempat (scattered) dan ianya lebih ketara berlaku dibeberapa kawasan diPerak.

Sekiranya ramalan kejadian tompok-tompok hitam itu nanti benar-benar menjadi kenyataan ianya BUKANlah satu bencana. Ia lebih merupakan “complimentary” sahaja kepada sesuatu upacara penting yang sedang berlangsung. Jadi, kita tidak perlu “panic” dengan kehadirannya. Kejadian “Selsema Kinzir” pun kita tidak kisah sangat inikan pula tompok hitam. Dan lagi tidak semestinya akan ada hujan walaupun seluruh angkasa sudah bergelap.

Berkisar kepada Agenda Tujoh Mei tersebut, mungkin adakah pemecatan didalam Persidangan “proper” sebenar. Jika ada maka itu akan menjadi bahan sejarah. Tempat duduk Ahli-Ahli Pakatan Rakyat jika disebelah kanan Speaker, juga boleh menjadi bahan sejarah. Dan banyak lagi sebenarnya yang boleh mengisi Buku Sejarah.

Kepada pendokong saya berpendapat kita ta` usahlah berkumpul diSUK tu. Kita kena yakin pejuang-pejuang kita yang akan berada didalam Dewan itu kelak akan bermati-mati mempertahankan hak (rakyat) kita. Saya risau ada pihak lain yang akan membuat provokasi yang akhirnya merugikan kita.

Mari kita berdoa dari sekarang kepada Yang Maha Esa semoga diberikanNya segala kekuatan kepada Wira-Wira kita menghadapi dugaan yang getir ini. Saya penuh yakin kemenangan untuk kita sudah di Ambang. Mengikut kata orang Inggeris “The victory is within reach”.

http://ahmadzawawi.wordpress.com

 
Load Counter