Salam aidilfitri dan salam merdeka bersama penduduk Pengkalan Hulu

Bersyukur kita sekali lagi rakyat Malaysia boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri di dalam suasana yang aman dan penuh dengan keakraban serta dengan semangat kekeluargaan.

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 kali ini, Bekas calon PKR Pengkalan Hulu Lee Sing Long telah mengadakan kunjungan ke beberapa buah rumah di kawasan Gerik dan Pengkalan Hulu. Diantara rumah yang dikunjungi oleh Lee Sing Long adalah rumah Haji Supian Bekas Ketua Cabang PKR Gerik. Kemudian Lee Sing Long meneruskan kunjungan ke rumah Saudara Radzi di Kampung Plang Gerik yang kini berada di mekah menunaikan umrah.

Dari Kampung Plang Gerik, Lee Sing Long kemudian bertolak ke Bukit Buloh dan berkunjung ke rumah Bekas Ketua Kampung (PR) iaitu Pak Mat. Selepas itu Lee Sing Long berkunjung ke rumah Mej (B) Abdullah di Pengkalan Hulu. Diakhir kunjungan beliau sempat ke rumah saudara Mat Nor iaitu Timbalan Pengerusi Persatuan Pemandu-Pemandu Teksi Pengkalan Hulu serta ke rumah Bekas calon PKR Pengkalan Hulu 2004 Haji Junid.

Di dalam kunjungan Aidilfitri ini, jelas terpancar keramahan dan kemesraan Bekas Calon PKR Pengkalan Hulu Lee Sing Long dengan masyarakat dan rakyat di kawasan Pengkalan Hulu.

Lee Sing long ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua rakyat di Pengkalan Hulu. Semoga sambutan Hari Raya tahun ini membawa lebih banyak keberkatan dan kemuliaan kepada semua. Maaf dan Ampun juga dipohon dan semoga semangat kekeluargaan dan kesepakatan kekal dan subur sampai bila-bila masa jua.

Dibawah ini  beberapa gambar  kunjungan Lee Sing Long sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011.

Kunjungan aidilfitri di rumah Mat Nor (Timbalan Pengerusi Persatuan Pemandu-Pemamdu  Teksi Pengkalan Hulu)

Kunjungan aidilfitri di rumah Mej (B) Abdullah Masnan (Mantan Timbalan Ketua Cabang Keadilan Gerik)

Kunjungan aidilfitri di rumah Pak Mat di Bukit Buloh (Mantan Ketua Kampung Pakatan Rakyat)
Kunjungan aidilfitri di rumah Saudara Radzi daripada PAS

Bersama keluarga Radzi kini sedang menunaikan umrah

Kunjungan aidilfitri bersama Lim ke rumah Haji Supian (Mantan Ketua Cabang Keadilan Gerik)

Kunjungan aidilfitri di rumah Haji Junid (Mantan Calon PKR 2004 Pengkalan Hulu)


 
Load Counter