Pengkalan Hulu 29hb Ogos – Parti Keadilan Rakyat Pengkalan Hulu berjaya mengedar hampir 150 keping risalah risalah parti serta bendera Malaysia kepada penduduk sekitar Pasar Pengkalan Hulu.
Selepas mengedar risalah di Pasar Pengkalan Hulu Bekas Calon PKR Pengkalan Hulu, Lee Sing Long berkata, secara keseluruhanya beliau berpuas hati dengan sambutan orang ramai terhadap risalah diedarkan itu walaupun ada juga diantaranya enggan menerima risalah yang dihulurkan kepada mereka.
Katanya, beliau tidak berkecil hati dengan tindakan sebahagian kecil mereka yang enggan menerima risalah.
“Itu hak mereka kita tidak boleh paksa,” katanya.
Menurutnya beliau amat memahami pemikiran mereka yang amat taksub kepada parti.
Mereka itu, tidak memahami erti demokrasi kerana bagi mereka hanya Umno sahajalah yang ada, Umno sahaja benar semua parti-parti lain adalah musuh belaka.
Antara risalah yang diedar termasuklah risalah isu-isu semasa dan sebagainya yang dibekalkan oleh Lee Sing Long.
Sementara itu, Mejar (B) Abdullah yang turut bersama mengedar risalah di sekitar Pasar Pengkalan Hulu itu menyifatkan program tersebut sebagai berjaya menyampaikan mesej kepada masyarakat dan isu perlu diteruskan dengan pengedaran isu-isu terkini.
Bagi bekas Calon PKR Pengkalan Hulu, Lee Sing Long yang mengedar risalah dan memberi bendera Malaysia sekitar Pasar Pengkalan Hulu melahirkan rasa gembira kerana berjaya mengedar tidak kurang daripada 150 risalah Keadilan.
“Kita hantar risalah dan bendera Malaysia terus penduduk dan akan hantar lagi pada masa akan datang,” ujarnya.
Mejar (B) Abdullah turut bersama didalam program pengedaran risalah di pasar Pengkalan Hulu
|