Salam Merdeka & Selamat Menyambut Ramadhan kpd Penduduk Air Musang

Penyelia DUN Pkln Hulu Lee Sing Long Mengucap Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia dan juga Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke 53 kepada Penduduk Kg Air Musang, Plang dan Seluruh Rakyat Pengkalan Hulu, Gerik dan Hulu Perak.

Pada Hari 15hb & 22hb Ogos 2010 (Ahad) Lee telah melawat ke Air Musang, Kg Plang untuk mengedar bendera Malaysia dan risalah. Lee mengucap selamat menyambut Hari Merdeka yang akan datang dan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia, semoga bulan Ramadhan ini akan memberi keberkatan kepada Muslimin dan Muslimat Air Musang Kg Plang.

Seorang kanak-kanak Kg Air Musang menerima bendera Malaysia daripada Lee Sing Long dengan penuh gembira.

Lee sedang mengumpul maklumat daripada penduduk Kg Air Musang iaitu Encik Tajol Rosli yang bekerja sebagai seorang Penoreh Getah.

Lee : "Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh berkat" Penduduk Air Musang : " Selamat datang dan terima kasih kpd bekas calon DUN Pengkalan Hulu kerana sering berkunjung ke kampung kami dan sentiasa prihatin terhadap masalah penduduk kampung Air Musang selepas PRU ke-12"

Tarikh rekod dalam gambar salah, yang sebenar adalah 22-8-2010 ( harap maaf )

 
Load Counter