Perbaiki segera Surau Air Musang



Baru-baru ini Penyelia D.U.N. Pengkalan Hulu Lee Sing Long telah melawat ke Kampung Air Musang, semasa lawatan Lee juga menerima aduan daripada penduduk Air Musang Encik Mohd Rosli 50, berkenaan masalah kebocoran bumbung Surau Air Musang.

Dalam tinjauan Lee ketika di surau tersebut di dapati air hujan masuk teruk ke dalam surau. Akibatnya sebahagian permaidani lantai tempat solat basah. Dalam keadaan sedemikian di harap masalah ini mendapat perhatian dan tindakan segera dari pihak Pembangunan Luar Bandar, Pejabat Daerah Gerik atau pihak yang berkenaan. Agar penduduk atau khairiah surau dapat mengejarkan solat dengan lebih selesa dan sempurna.

 
Load Counter