Jamuan Rakyat Sempena Tahun Baru Cina di Pengkalan Hulu

Pengkalan Hulu, 28 Feb- Sambutan orang-ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat ke jamuan rakyat anjuran PKR Pengkalan Hulu tengahari tadi amat membanggakan.

Antara yang hadir ialah Haji Supian Ketua PKR Gerik, Mej (B) Abdulah Penolong Ketua PKR Gerik; Pengerusi DAP Pengkalan Hulu Lim Noug Chai,Pengerusi Dewan Penyokong Pakatan Rakyat PAS Teh Poh Choung serta ahli-ahli.

Orang-ramai mula membanjiri Dataran berhampiran Pusat Khidmat Masyarkat Pengkalan Hulu dari pukul 12.00 tengahari hingga pukul 2.00 petang untuk menikmati jamuan yang disediakan.

Penolong Ketua PKR Gerik Mej (B) Abdullah melahirkan kegembiraan di atas sambutan hebat diberikan oleh penduduk sekitar pengkalan hulu terdiri daripada pelbagai kaum yang datang beramai-ramai ke majlis itu dan menyatakan bahawa ini adalah satu kejayaan.

Kerjasama antara Keadilan, PAS dan DAP ini dapat diteruskan serta dipertingkatkan lagi bagi membolehkan Pakatan Rakyat mengambil-alih pemerintahan di Malaysia ini kerana kita lihat rakyat sudah mahukan perubahan.


Orang ramai mula mengambil makanan yang disediakan





Petugas-petugas bertungkus lumus mengerat lemang untuk disajikan kepada rakyat yang hadir


Ketua PKR Gerik Haji Supian bersama Penolong Ketua PKR Mej (B) Abdullah sedang berbincang sesuatu



Mej (B) Abdullah bersama Pengerusi Dewan Penyokong Pakatan Rakyat PAS Teh Poh Choung




 
Load Counter