Speaker Perak di Pengkalan Hulu

02hb January 2010, Pengkalan Hulu. Ceramah Umum Pakatan Rakyat yang telah diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pengkalan Hulu menarik ramai pendengar. Pendengar yang terdiri daripada penyokong Pakatan Rakyat dan orang ramai telah berhimpun seawal 8.30 malam lagi bagi menantikan ceramah tersebut. Ceramah ini bermula jam 9.00 malam dan tamat jam 11.00 malam. Walaupun ceramah seperti ini jarang diadakan di Pengkalan Hulu, namun ia telah memikat ramai pendengar.

Ceramah yang diadakan ini menampilkan Speaker Perak YB Sivakumar sebagai penceramah utama disamping YB Abdul Yunus dan YB Chang Lih Kang

Ceramah kali ini dianggap sebagai penjelasan kepada isu Negeri Perak dan antara isu yang dibawa oleh penceramah ialah isu Rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO/Barisan Nasional Perak.

Sebelum ceramah ditamatkan, ruangan dibuka untuk sesi soal jawab atas permintaan daripada penyokong walaupun sesi ini tidak dijadualkan asalnya.





 
Load Counter