Oleh: WFAUZDIN NS
TIADA yang lebih melucukan hari ini melainkan apabila saya membaca berita di sini. Bukan bekas Presiden Umno, bukan juga bekas menteri, tetapi bekas Ketua Umno Bukit Bendera iaitu Datuk Ahmad Ismail, di ulangi, bekas Ketua Umno Bukit bendera, yang September lalu telah digantung serta dilucutkan hak-haknya dalam parti akibat bermain dengan isu perkauman. Terbaru, Majlis Tertinggi Umno memberi ihsan padanya dan penggantungan beliau ditarik semula. Apa yang membuatkan saya berasa geli hati?
Bukan kerana beliau digantung atau ditarik balik penggantungannya yang membuatkan saya berasa geli hati. Saya berasa geli hati kerana beliau dengan muka yang tidak malu meminta pula Parti Gerakan memohon maaf kepadanya, itu pun katanya belum tentu dia maafkan. Tambah membuat saya rasa hendak terkentut menahan ketawa adalah kerana yang dia minta datang `melutut' minta maaf padanya itu salah seorang darinya adalah Presiden Gerakan. Seorang yang dahulunya hanya memegang jawatan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera dengan rasa ego dan angkuh walau pun sememangnya beliau didapati bersalah oleh partinya sendiri, mahu Presiden Gerakan `menyembah dan melutut' padanya. Melutut pada `bekas' Ketua Umno!!
Saya tidak tahulah samada Gerakan akan kecut perut dengan kenyataan `bekas' ini. Beliau mungkin cuba untuk menunjukkan kehebatannya sehingga boleh membuatkan Presiden Gerakan melutut padanya. Dia mungkin lupa situasi dan perkembangan politik sekarang. Dia tidak sedarkah bahawa ketika ini Umno tidak lagi berani berbuat apa-apa terhadap parti komponennya terutama parti yang didokong majoriti kaum Cina? Bukankah sekarang Umno terlalu bergantung kepada parti-parti seperti MCA, Gerakan dan juga parti komponen di Sabah dan Sarawak? Di saat Najib dan Muhyiddin ingin membodek kaum Cina ini, tiba-tiba bekas Ketua Umno Bukit Bendera ini ingin tunjuk hebat.
Lihat sahaja apa sudah jadi dengan MCA. Najib dan Muhyiddin sampai buntu untuk berbuat apa-apa lagi. Mereka tiada kuasa atau `power' untuk mengawal parti terbesar kaum Cina itu. Datuk Ahmad Ismail juga perlu ingat, beliau digantung pun adalah kerana `power' nya Gerakan mendesak Umno agar mengambil tindakan ke atas beliau akibat keceluparan mulut beliau. Apabila Majlis Tertinggi Umno menarik kembali penggantungan ke atasnya, dan Gerakan tidak membantah setakat ini, itu pun sudah bertuah buat beliau. Tetapi mana ada pemimpin Umno yang merasa merendah diri? Mereka telah biasa dengan sifat angkuh dan sombong.
Kita lihat sahajalah selepas ini, adakah mana-mana pemimpin Gerakan hatta ahli biasa Gerakan yang datang `menyembah' bekas Ketua Umno ini. Jika tiada, beranikah Datuk Ahmad Ismail mengoyak poster pemimpin Gerakan ? Jika berani, memang sah beliau seorang berani. Jika tidak, lebih baik jadi macam Ibrahim Ali yang harapkan suara sahaja macam katak paya.
Sumber: http://wfauzdin.blogspot.com/
Browse » Laman Utama
UMNO BUKIT BENDERA MINTA GERAKAN MELUTUT MOHON MAAF ?
PKR PENGKALAN HULU, Thursday, December 10, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|