Bajet 2010 Najib lulus hanya dengan 3 undi saja. Itu pun nyaris-nyaris KO. Puncanya kerana ramai MP Barisan Nasional ponteng dan mereka menang pulak kerana ramai MP pembangkang yang ponteng. So... wakil rakyat BN dan PR, 2X5.... 5X2!!!
Tetapi bagi kita penyokong Pakatan Rakyat, lagi berasa kecewa kerana seolah-olah wakil-wakil rakyat yang kita beri amanah telah tidak memainkan peranan mereka dengan sebaik mungkin. Sedar atau tak sedar, mereka telah menyumbang kepada sengasara yang bakal kita hadapi pada tahun 2010 akibat bajet Najib yang akan mencengkam lagi kehidupan rakyat yang memang sedang sengsara.
Tak tau ler macam mana nak ikat perut lagi.... terutama bagi rakyat yang hidup miskin. Malah...yang berpendapatan sederhana pun pasti akan merasai keperitannya. Malang sungguh Rakyat Satu Malaysia!!
Antara MP daripada PAS yang telah memberikan sebab ketidakhadiran mereka ke sidang malam itu ialah Mahfuz Omar. Alasannya...
Bahawa dia, Mahfuz Omar telah memaklumkan dia tidak dapat hadir kerana dia berada di Jakarta pada tarikh sidang tersebut, atas urusan peribadi dan dia telah pun memaklumkan lebih awal kepada Presiden Parti, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Selain itu, dia juga tidak mendapat maklumat tentang hasrat PR mahu menolak bajet 2010 yang dibentang Najib sebelum ini.
Ini pula adalah alasan Dr Che Rosli Che Mat...
Bahawasanya dia, Dr. Che Rosli Che Mat tidak dapat hadir kerana dia terpaksa menghadiri satu program anjuran Pakatan Rakyat di Sungai Besi bagi mewakili PAS. Dia terpaksa menggantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang tidak dapat hadir ke program tersebut. ( Datuk Seri Nizar membatalkan kehadirannya ke program tersebut untuk hadir di Parlimen bagi mengundi bajet 2010 Najib). Dr Rosli hanya dapat sms pada lewat petang ketika dia di Sungai Besi on the way ke Hulu Langat. Sebagai tuan rumah, dia terpaksa hadir ke majlis itu bagi menggantikan Nizar.
So... kita sudah membaca alasan kedua-dua wakil rakyat kita. Mereka wakil rakyat kita, so kita yang ada kuasa untuk menerima dan menolak alasan ketidakhadiran mereka. Macam mana sekarang??
Approved or Not Approved??
|