Menteri-menteri Kabinet Satu Malaysia Najib, menjadi gabra dan mula membuat kenyataan yang caca-marba berkaitan isu BTN. Ha ha ha ha... sudah diduga!!!
Pembangkang kata.... BTN agen propaganda yang memprogramkan minda para pesertanya agar mempunyai prejudis terhapap kaum di Malaysia, di samping memupuk sikap yang BN-friendly tetapi benci pada pembangkang.
Lepas, satu... satu... dakwaan dan tuduhan dilemparkan kepada BTN dan diperkatakan di alam maya, dalam blog mau pun media online. Bertubi-tubi BTN yang ditaja oleh kerajaan Satu Malaysia kena hentam.
Muhyiddin deny.... Hishamuddin deny.... sebaliknya terus-terusan menegakkan benang basah mereka, yang kononnya BTN adalah salah satu tool untuk membina negara bangsa. Piiiraaahhh!!
Jangan nak kencing rakyat Malaysia ler. Silap hari bulan.... komer pulak yang terkencing dalam seluar.
Setelah berdegar-degar mempertahankan BTN, tup-tup hari ini, si Nazri anak Pak Aziz pulak membuat satu kenyataan... yang membuat TPM Satu Malaysian dan sepupu PM Satu Malaysia nampak banggang. He he he... entah-entah betoi-betoi banggang!!! Sebabnya... dah banyak kali buat kenyataan banggang dan bertindak banggang.
Apa kata si Nazri?? BTN akan dirombak supaya ia syncronize dengan konsep Satu Malaysia. sukatannya akan dirombak supaya selari dengan hasrat yang terkandung dalam konsep satu Malaysia..... supaya ia menjadi alat perpaduan kaum dan bukannya alat pemecah belah kaum.
Alamak.... sedapnya bunyi!!! Tapi..... betul ke bagai yang dikata?? Tak tipu punyer???
Kalau dah biasa menipu... dah selalu sangat.... orang takkan percaya punyer.
Apa-apa pun, tindakan yang diambil oleh kabinet ini menunjukkan apa yang didakwa oleh pembangkang ada kebenaran, malah memang benar belaka. Kalau tidak.... mengapa ia perlu dirombak??? Dah terantuk baru nak tergadah. Tak guna dah.... tak der maknyer lagi. Udah terantuk dan udah pecah!!!
Ha ha ha ha.... Tembelang dah pecah!!! Dan sekarang.... nak create satu lagi tembelang. Woit...!! Tembelang komer orang dah tak percaya lagi. Pengor baunya.... semua orang dah dapat hidu!!
Langkah yang akan diambil oleh dua negeri Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang dan Selangor untuk mengharamkan BTN ke atas kaki tangan serta para pelajar di bawah kerajaan negeri amat dialu-alukan. Bravo!! Bravo!!
Come up with something yang boleh dibanggakan daripada apa yang BTN telah buat. Tunjuk dan buktikan yang KITA lebih serius.... lebih komited dan lebih ikhlas untuk memupuk perpaduan dan intergrasi kaum agar masyarakat plural di Malaysia boleh hidup dengan lebih harmonis... saling memahami dan saling menerima antara satu sama lain.
Rombakler..... ubahler..... modifyler BTN. Buatler apa yang komer suka tetapi persepsi umum.... BTN ialah alat PROPAGANDA UNMO/BN!!!
Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/
Browse » Laman Utama
Whatever ler... BTN tetap Alat Propaganda UMNO/BN
PKR PENGKALAN HULU, Monday, November 30, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|