PERMOHONAN SPR DITOLAK MAHKAMAH TINGGI

Permohonan SPR bagi menangguhkan keputusan mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi hari ini. Bagaimanapun SPR akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung penolakan penangguhan tersebut.

Isnin lalu, hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Dalam keputusannya, hakim menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

Sumber: http://misabah.blogspot.com/

 
Load Counter