YB Iskandar telah meyampaikan berita baik kepada saya(Roslan SMS) bahawa sebuah kajian (terbaru) telah mendapati bahawa keyakinan rakyat Selangor terhadap Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat semakin meningkat. Beliau nukilkan dalam blognya “Direct Free Kick” di http://iskandar56100.blogspot.com/
Lebih-lebih lagi hasil bancian yang dilakukan oleh sebuah syarikat yang dilantik oleh Kerajaan Negeri menunjukkan keyakinan rakyat di Selangor terhadap Kerajaan Negeri semakin meningkat. Walaupun di kalangan orang Melayu yang kononnya menurut UMNO masih tetap menyokong mereka. Yang paling penting pula keyakinan rakyat Selangor terhadap PM Najib telah menurun. Ianya tinggi apabila Satu Malaysia dilancarkan tetapi selepas itu menurun.
Walaupun apa yang dikatakan oleh suratkhabar, UMNO di Selangor tidaklah sekukuh mana. Orang di luar Selangor mungkin tidak Nampak. Kerajaan Pakatan Selangor kukuh. Banyak kemajuan telah dicapai sama ada dari hubungan di antara Kerajaan dan rakyat atau di antara anggota-anggota Kerajaan sendiri. Kalau ada "hiccup", itu perkara biasa. Jangan sebab pijat kelambu dibakar.
Ini suatu perkembangan yang baik buat Pakatan Rakyat Selangor khasnya PKR,DAP dan PAS Selangor. Saya percaya kerja kuat semua pihak selama ini dari MB, ahli-ahli EXCO, ADUN-ADUN, ahli-ahli majlis PBT, ketua-ketua kampong dan JKKK serta Nazir dan AJK Masjid, selain para pegawai kerajaan membantu dalam melahirkan keyakinan ini.
Usaha politik merapatkan hubungan sesama komponan khasnya antara PAS dan PKR serta PAS dan DAP termasuklah sidang meja bulat PAS dan DAP Selangor baru-baru ini membuktikan bahawa pakatan ini mampu memikul amanah bersama dan memiliki kekuatan memimpin dan menyelematkan rakyat negeri ini.
Bayangkan orang-orang Melayu (selain Cina dan India) yang dikatakan tegar condongnya pada Umno juga telah beralih sokongan di Selangor, lantas menjanjikan masa depan yang baik buat Pakatan Rakyat Selangor.
Saya fikir rakyat Selangor sudah boleh menerima pakatan baru ini. Mereka sedar ianyan suatu gagasan politik yang baru dan mentah namun mereka sanggup mencuba dan semakin memberi keyakinan kerana ternyata ia terbukti lebi baik dari Barisan Nasional dahulu. Oleh itu marilah kita berikan tumpuan ke arah memantapkan kedudukan kerajaan ini. Selangor yang kuat dan padu akan nanti melonjakkan sokongan di negeri-negeri lain insyallah.
Sumber: http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com/
Browse » Laman Utama
BERITA BAIK UNTUK PAKATAN RAKYAT SELANGOR !
PKR PENGKALAN HULU, Thursday, October 29, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|