Pemilihan Isa Samad akan menjadikan Umno N9 macam Terengganu

Kematian ADUN Bagan Pinang, Allahyarmah Azman Mohd Nor telah membuatkan kerusi bagi Dewan Undangan Negeri itu kosong. Kini, semua pihak sedang menanti kepada pengumuman Suruhanjaya Pilihanraya untuk tarikh bagi penamaan calon dan hari membuang undi bagi kawasan tersebut.

Umno dan Barisan Nasional yang tidak pernah menang di dalam sebarang pilihanraya kecil di Semenanjung selepas Pilihanraya Umum Mac tahun lalu, perlu mengambil serius didalam PRK kali ini.

PRK kali ini boleh menjadi indikasi kepada survival BN samada terus hidup atau terlungkup di dalam pilihanraya umum akan datang.

Berbekalkan “handicap” hampir 5000 undi pos dari kem tentera berdekatan, Umno nampak mudah untuk memenangi kawasan ini. Tetapi, gelombang penolakan rakyat terhadap kepimpinan Umno sudah merebak dan ianya seperti tidak dapat dibendung lagi.

Kini di dalam Umno, difaham terdapat tiga kem utama di dalam Umno Negeri Sembilan iaitu kem Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohd Hasan, kem bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Ketua Bahagian Umno Seremban, Datuk Ishak Ismail yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan negeri(ADUN) Lenggeng yang mahu bersaing untuk meletak calon masing-masing .

Ini tidak masuk dengan permintaan dari Wanita Umno agar diletakkan calon dari ahli mereka.

Namum begitu, saya melihat cabaran dari Wanita Umno dan Umno Seremban bolehlah dikesampingkan. Ini akan menjadikan pertembungan lagi sengit antara kem Isa Samad dan Kem Mohammad Hassan.

Tetapi, saya lebih berminat untuk memberi komen jikalau kem Isa Samad yang berjaya meletak calon mereka.

Sumber: http://lordazaab.wordpress.com/

 
Load Counter