BN Umpama "Kapal Bocor,Menunggu Karam"..YB Saifuddin Nasution

Umpama Kapal yang "Bocor menunggu untuk Karam" itulah perumpamaan yang dapat digambarkan oleh YB Saifuddin Nasution terhadap parti-parti komponen dalam BN mutakhir ini. Dalam usaha Umno mengharapkan MCA dan MIC menarik kembali keyakinan pengundi-pengundi bukan islam untuk menyokong BN,tapi malangnya dua parti komponen ini pula dilihat sedang berkecamuk sesama mereka untuk mendapatkan kepercayaan dikalanagnn ahli parti masing-masing.

Umno yang kini dilihat begitu tertekan dan terdesak dengan masalah krisis kepercayaan dan kemerosotan sokongan rakyat benar-benar bergantung kepada kedua parti komponen ini untuk menghadapi PRU-13 nanti.

Dilihat daripada analisis PRK pada tahun ini,dapatan menunjukkan sokongan orang melayu tidak juga bertambah,malah kemorosotan undi kaum cina dan india menjadikan BN kini semakin tidak keruan dan cuba melakukan pelbagai provokasi perkauman agar dapat menarik kembali sokongan kaum bukan melayu,tetapi malang..segala yang mereka lakukan ibarat "Senjata Makan Tuan".

Jelas kepada kita,pertikaian yang timbul antara pemimpin nombor satu dan dua parti MCA sehingga terpaksa mengadakan mesyuarat luarbiasa (EGM) menggambarkan kepada rakyat bahawa tidak kira siapapun yang menang dalam mensyuarat ini,ia tidak akan mampu membendung perpecahan pada tahap yang paling buruk dalam sejarah parti kaum cina ini.

Kekalahan dan kekecewaan Umno ini hadir secara bertimpa-timpa,seperti sudah jatuh ditimpa RUMAH apabila dalam 7 PRK semuanya di sapu bersih oleh Pakatan Rakyat.menggambarkan kepada kita bahawa rakyat tetap memberikan sokongan kepada PR walaupun pelbagai tomahan dilemparkan oleh mereka,dan telah ada suara-suara di kalangan pimpinan Umno yang terlalu kecewa lalu menyalahkan Pak Najib dalam krisis keyakinan rakyat terhadap BN,apabila beliau menjadi tonggak utama dalam drama rampasan kuasa di Perak pada tahun ini.

Kalau dalam era 80an dahulu,ada suara yang menggambarkan sokongan padu rakyat kepada BN tidak akan berubah seperti,kalau letak calon "Tunggul Kayu" sebagai calon BN pun,mereka tetap menang..Itu dulu..sekarang,Umno benar-benar sudah jadi seperti "Tunggul Kayu" apabila mereka sudah tidak lagi dipedulikan dan diperlukan oleh rakyat.Seperti apa yang disuarakan oleh YB Datuk Khalid Nordin,Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang,bahawa Umno kini dalam situasi yang cukup cemas dan parti itu sudah tidak mudah lagi untuk memenangi setiap PRK yang diadakan,walaupun dalam kawasan kubu kuat Umno.


Bai: Sudah Terang Lagi Bersuluh,Sendiri Mau Ingat ma...

Sumber: http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/

 
Load Counter