Jangan Jadi Seperti Nasib Si Labu Labi Umno...

Kedengaran kini pelbagai luahan perasaan kerana geram,dendam ataupun soronok sangat nak menghentam sampai terlupa apa sebenarnya tujuan kita menulis,adakah untuk menghuraikan sesuatu masalah atau mengusutkan lagi masalah tersebut seperti yang diidamkan oleh puak-puak Umno dan mereka yang sewaktu dengannya.

Inilah masalahnya kita orang "meLAYU" baru sikit dicucuk oleh media massa Umno sudah Melatah hingga tidak sedarkan diri.Bila seorang dah melatah lantas disambung pula dengan sipelatah yang lain yang kerjanya memang suka melatah..Isu yang kita hanya dengar dari maklumat media Umno,yang selama ini kita tolak mentah-mentah telah kembali bertaut dihati mereka yang menentang dan membenci media ini suatu ketika dahulu.Maka senyum kambing akan bertambah senyumlah hingga ketelinga.

Isu selcat yang disuarakan oleh PJ Pas Selangor,YB Hassan Ali telah digambarkan seperti satu isu yang cukup dasyat dan seolah-olah akan menghancurkan Pakatan Rakyat terutamanya Pas Selangor itu sendiri.Sedangkan beliau hanya mencadangkan agar format dan prosedur Selcat dikaji semula untuk kepentingan awam.

Inilah corak seorang pimpinan yang sanggup dan rela mendengar rintihan dan keluhan dari orang awam,beliau seperti yang kita sedia maklum mempunyai pengalaman yang cukup luas sebagai pentadbir awam semasa bersama kerajaan dahulu,sudah pasti banyak yang beliau pelajari dari pengalaman tersebut.

Bukan seperti Umno yang berlagak sombong dan mempertahan sesuatu walaupun perkara itu ternyata salah dan dibenci oleh rakyat.Kesannya.....mereka jatuh kerana kesombongan,apakah kita ingin jadi seperti nasib silabu labi Umno ini??

Apa yang diperkatakan oleh YB Khalid selaku MB Selangor bahawa isu ini boleh diselesaikan dengan baik,timbul isu ini ekoran kesilapan komunikasi antara anggota Selcat, Exco dan pegawai-pegawai daerah yang disoal siasat oleh jawatankuasa itu.Beliau berharap agar isu ini tidak disensasikan dan menjadi cerita yang disebaliknya,malah katanya hubungan kekeluargaan dalam pakatan tidak langsung tersentuh dengan isu ini.


Bai: Setiap Manusia Allah berikan dengan sifat Marah.
Maka didatangi Islam untuk mengajar kita dimana dan
bagaimana perlu kita meluahkan kemarahan..Wassalam


Sumber: http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/

 
Load Counter