Bila ada PRK, baru nampak menteri-menteri BN

BAGAN PINANG, 28 Sept – Pakatan Rakyat sudah mula begerak tanpa menunggu hari penamaan calon pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, ADUN Lukut, Negeri Sembilan, Ean Yong Tin Sin berkata demikian dalam majlis sambutan Eidul Fitri yang dianjurkan oleh PAS Negeri Sembilan di kampung Bagan Pinang, semalam.

Pakatan Rakyat katanya, sudah mula begerak tanpa menunggu hari penamaan calon pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang lagi.


Beliau yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, partinya akan menyokong sepenuhnya siapa sahaja calon Pakatan Rakyat yang akan dinamakan oleh PAS.


”Kita sudah bersama-sama berjalan dan melawat kepada banyak kampung termasuk ladang dan kampung baru di seluruh Bagan Pinang,


”Inilah sudah menunjukkan semangat yang begitu tinggi dikalangan anggota Pakatan,” katanya memetik Buletinonline ketika berucap dalam majlis tersebut.


Menurutnya, kerana adanya pilihanraya kecil, rakyat di Bagan Pinang dan Teluk Kemang kini boleh melihat menteri-menteri di sana, sehingga kini sahaja sudah tiga orang Menteri Tionghua kelihatan.


Sebaliknya, sebelum ini katanya, bila tidak berlaku pilihanraya kecil, susah sangat rakyat untuk melihar muka menteri-menteri tersebut.


”Kalau tak ada pilihanraya kecil, penduduk-penduduk Bagan Pinang susah lah nak jempa menteri-menteri,” ujarnya.


Justeru itu, beliau menyeru semua rakyat yang susah agar meminta peruntukan dan bantuan sebanyak-banyaknya dari menteri-menteri yang datang itu.


"Tetapi mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan diadakan pada 11 September akan datang," tambahnya.

Sumber: http://prkn31baganpinang.pas.org.my/

 
Load Counter