Katak merdeka??? Belum lagi... masih dijajah!!!

ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh mengistiharkan dirinya keluar daripada PKR dan menjadi YB bebas tetapi akan mengekalkan jawatan EXCOnya dalam kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Berapa lama agaknya dia dapat terus jadi EXCO lagi ya?? Ini ler jenis muka tak malu!!!

Alasan dia keluar.... eleh...biasa ler, alasan standard. Hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti. Piiiirrraaahhh!!!! Hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti konon.....


Berita tentang si Radzhi ini walaupun baru dihebahkan tetapi sebenarnya nawaitunya itu sudah lama dihidu. Ingat tak adegan pujuk memujuk yang dilakukan oleh katak haprak dari Perak terhadap si haprak dari Lunas ni. Orang dah menjangka dan tunggu masa saja dia buat keputusan untuk belah. Nah, sekarang is the perfect timing.... ya... semasa PRK Permatang Pasir.


Ini semacam sudah diatur oleh UBN..... UMNO sudah hampir terkulai layu di Permatang Pasir. Mereka kena hentam teruk dengan pelbagai isu terutama isu peribadi calon mereka si Rohaizat tetapi ketandusan isu untuk menghentam PAS balik. So.... berita keluarnya seorang lagi malaun ADUN PKR daripada parti, boleh dijadikan bonus untuk kempen mereka. Adalah modal untuk mereka menghentam Pakatan Rakyat.


Sama-samalah kita tunggu dan lihat bagaimana caranya mereka nak manipulasikan situasi ini. Kesian juga dengan UMNO ni..... terpaksa bergantung harap kepada PKR untuk dapat modal berkempen.


Macam juga si katak dari Perak bernama Jamaludin dan Osman, Radzhi ini rupanya, 2X5 jugak dengan mereka. Dia dalam siasatan SPRM kerana tak jujur dalam membuat tuntutan. Kononnya dia juga kaki mengatur bini. Tak pernah puas dengan apa yang dia sudah ada..... masih nak tambah dan bertukar ganti. Jadi nak lepaskan tengok dan diri dari terjerat..... terpaksa ler jual maruah diri dan jadi lembu tunggangan UBN. Sengaja hulur tengkok kepada UBN.... jadi senanglah mereka nak sembelih atau pancung leher dia.


Secara peribadi, aku sedikit pun tak kesal dia meninggalkan PKR. Biar dia berambus..... PKR tak perlu samdol-samdol macam ini untuk jadi pemimpin rakyat. Kita mahukan pemimpin rakyat yang genuine .... bukan pemimpin rakyat yang keparat dan berulat!!! Anggaplah ini sebagai satu cleansing proses bagi PKR untuk menyahkan anasir-anasir haprak ini dari terus mencemarkan imej parti. Dalam jangka masa panjang... parti tak rugi apa-apa. Ketiadaan haprak-haprak seumpama ini akan lebih menguntungkan parti.... insyaAllah.


Semoga dengan ketiadaan samdol-samdol seperti Radzhi ini dalam PKR.... PKR akan terus kukuh.... lebih dihormati.... lebih disanjung tinggi.... dihargai dan dipercayai.

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter