Aha.... mengelabah komer!!

Rohaizat..... Rohaizat...... awat la malang nasib hang!!! Akibat terlalu kemaruk nak jadi YB, habis tembelang hang semua pecah. Semua skeleton dalam closet hang dah berburai, bertaboq keluaq satu persatu. La ni amacam...?? Dengaq cerita.... hang deny semua tuduhan ke atas hang tapi orang macam tak percaya jer kat hang. Well.... nasib hang la woi!!!


Dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat dan dibongkarkan, apakah para pengundi Permatang Pasir masih mahu bersandar pada seorang yang 'hopeless' macam Rohaizat ni. Hopeless pada tanggungjawab terhadap diri, rakan kongsi, pelanggan, isteri dan lain-lain orang. Inikah calon YB yang diharapkan oleh para pengundi Permatang Pasir.... jenis yang harapkan pagar.... pagar mencekik padi. Jenis YB yang bakal bekerja bukan untuk rakyat tetapi untuk mencari kesenangan diri. Belum jadi YB, wah... bukan main lagi tunjuk prihatin pada penduduk tempatan kawasan mengundi tetapi entah-entah kalau dah jadi YB nanti, habuk pun tarak!!


Aku sebenarnya tak suka juga cara berkempen dengan menggunakan taktik serangan peribadi macam ni tapi..... kalau tak didedahkan kepincangan peribadi seseorang calon YB, kita akan tertipu sebab kita mengharapkan seorang calon yang bersih serta trustworthy, baru ler ada quality. Kalau tak capai tahap piawai..... erm...buat apa. Menyakitkan hati jer.


Oleh itu, UMNO tak perlu gusar dengan pendedahan yang dibuat kerana melaluinya, para pengundi dapat diberi option yang jelas tentang siapa bakal YB yang akan mereka pangkah untuk mewakili mereka. Nak pilih yang berulat di dalam atau yang molek luar dan dalam. So..... kalau UMNO juga dapat dedahkan apa-apa kepincangan calon PAS iaitu Salleh Man, silakan. Para pengundi Permatang Pasir berhak untuk tahu, agar mereka tidak tersalah buat pilihan. Jangan gusar dan jangan gabra.... kita berlawan secara anak jantan.


Rasanya UMNO sudah tersalah buat pilihan... sebab calon yang dipilih kini membuat UMNO pening kepala. Malah taikonya pun si Muhyiddin Yassin telah terkena tempiasnya. Kini satu Malaysia sudah mula bercakap tentang Muhyiddin Yassin semasa menjadi MB Johor dulu dan terpaksa ler hamba Allah itu berhempas pulas mempertahankan dirinya dari tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Kesian aku kat kau......

Aha....2X5.... 5X2 rupanya!!!


Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter