Najib kata kemenangan PKR di Penanti tidak memberangsangkan

Masuk lawan takut, pengecut. Nak komen apa? PKR dah menang bergaya. Majoriti makin besar lebih dari 5000 undi. Ini menang besar namanya.
Walaupun hanya 7100 orang saja keluar mengundi, semua calon-calon Bebas termasuk yang disokong oleh semua media pro-UMNO hilang wang deposit.

Calon Nai-Kan Ari, yang tidak mendapat sokongan UMNO/BN mendapat jauh lebih besar dari calon yang disokong oleh media pro-UMNO. Nak letak dimana muka UMNO ni. Sendiri takut bertanding, dan media-media pro-UMNO memberi liputan luar biasa kepada seorang calon Bebas.

Difokuskan bahawa calon bebas yang disokong media pro-UMNO itu sebagai calon alternatif yang bakal memalukan PKR, tapi undi hanya sekadar 300 itu memalukan calon itu sendiri dan media pro-UMNO.

Najib kata didalam sejarah Malaysia, inilah kali pertama jumlah pengundi yang keluar mengundi hanya sekadar 46%. Tapi Najib tak cakap bahawa dalam sejarah Malaysia inilah kali pertama UMNO/BN (dulu Perikatan) tak bertanding didalam Pilihanraya.
Najib beri alasan yang kudik-kudik, kononnya, nak jimat kewangan Negara. Kalau betul nak jimat duit Negara, selongkar balik komisyen-komisyen yang telah diambil oleh Menteri-Menteri sejak Negara Merdeka. Mungkin sudah beratus billion dimasukkan didalam poket Menteri-Menteri itu.

Mari selongkar semula, tubuhkan Suruhanjaya Penyiasat. Siasat semua projek. Projek Persekutuan dan Projek Kerajaan-Kerajaan Negeri, yang besar dan yang kecil, dah berapa banyak masuk poket Menteri-Menteri dan Menteri-Menteri Besar dan ahli-ahli Exco.
Mari kita selamatkan wang Negara dari terus dimanipulasi oleh puak-puak tamak yang memimpin UMNO dan BN tu.

Kali ini kita akan bertemu semula di Manek Urai. UMNO pasti masuk dan kita nak tunjukkan kepada UMNO apa makna kuasa rakyat. UMNO sudah tidak ada tempat lagi di Negara ini, baik dikawasan yang dulunya dipegang oleh UMNO atau yang dipegang oleh Pembangkang.
Kita kini berada di era politik baru, politik yang menolak pemerintahan rasuah, kronisme, dan salahguna kuasa. Kuasa Rakyat menjadi era politik masa kini!

Sumber: http://lubokkawah.blogspot.com/

 
Load Counter