CD SIDANG DUN PERAK PERCUMA: STRATEGI UBN SEBELUM BUBAR DUN PERAK KE????

Hari ini, F3M berceriter pada teman tentang apa yang pemuda-pemuda kampung sembangkan dengan dia. Menurut bebudak muda kampung, sekarang ni UBN sedang turun padang untuk memperbodohkan rakyat Perak, terutama di kampung-kampung. Isu nyer adalah tentang politik negeri Perak, Di akhir sesi memperbodohkan rakyat itu, mereka akan memberikan ole-ole CD kepada orang-orang kampung.


Guess what??? CD tu adalah tentang persidangan DUN Perak pada 7 Mei yang lepas. Tapi versi UBN ler. Dan.... yang tak sedap didengar kata F3M ialah kata-kata akhir bebudak muda tu lepas habis bersembang...... Eeeeiiiii teruk nyer PKR/Pakatan Rakyat......


Ini menunjukkan, apa yang sebenar nyer berlaku di DUN Perak pada 7 Mei itu, telah diputarbelitkan untuk dijadikan bahan propaganda UBN bagi memburukkan imej Pakatan Rakyat..... bagi rakyat yang kurang cerdik dan tidak terdedah dengan maklumat di internet, mereka mungkin termakan propaganda UBN ni.... tapi bagi yang well-informed, mereka akan kata.... poooorrraaaahhhh..... boleh blaaaahhhh!!!!


Apabila mendengor nyer..... geram jugak hati ini tapi hati teman tertanya-tanya pulak, apa motif sebenar demer buat ruper tu. Mahkamah Rayuan telah mengesahkan Zambry sebagai MB Perak. Eleh...... MB Mahkamah... jangan nak ek ler!!!! Sebab MB Mahkamah ler, rakyat Perak langsung tak hormat. Pegi sana kena halau.... mari sini kena maki hamun!!! Isy....isy.... malu nyer. Tak pernah dibuat orang, MB diperlakukan sedemikian ruper tapi sekarang dah pun berlaku dan Perak pioneer nyer!!! Alamak.... dondang sayang betoi ler negeri aku ni.... banyak betoi rekod bersejarah tercipta di sini. Nampak gaya nyer Silver State akan menjadi negeri paling bersejarah di era millinium baru.


Ya.... ya.... mungkin 'make sense' jugak apa yang Azmin Ali kata, iaitu DUN Perak mungkin akan dibubarkan tak lama lagi.... Sekarang ni, konon nyer UBN sedang sibuk buat road-show sesi penerangan sambil memperbodoh rakyat..... semata-mata untuk memburukan imej Pakatan Rakyat dengan auta-auta tentang isu politik Perak. Setelah teruk demer bedal dan tibai Pakatan Rakyat dan apabila demer rasa rakyat dah termakan umpan mereka..... BOOOM... demer akan isytiharkan DUN Perak bubar!!!!


Harapan demer..... bila pilihan raya diadakan nanti, rakyat akan menolak PR dan akan mengundi serta memilih demer pulak sebagai kerajaan Perak yang sah. Mudah nyer kan???? Sounds easy.... looks easy.... but I tell you ar...... don't mimpi lar!!! Seperkara lagi....... demer ni mula rasa confident, sebab demer dapat 'a helping hand' daripada PRDM [Polis Raja Di Malaysia]. Cer komer tengok dan baca, kan ker dalam mana-mana ceramah Pakatan Rakyat, PRDM mengenakan pelbagai syarat yang giler-giler, sebelum permit dikeluarkan. Antara nyer.... tak boleh sentuh pasal DUN Perak.... pasal rampasan kuasa..... tak boleh pakai atau tayang video.....


Semua syarat tak masuk akai ni, bertujuan untuk mem'blackout'kan maklumat dan kejadian sebenar tentang politik negeri Perak. Politik Perak versi UBN boleh saja..... tapi versi dari Pakatan Rakyat enggak boleh!!!! Bodoh ler kita kalau kita biarkan UBN memperbodoh kita!!! Jangan biarkan UBN 'insult intelligence' kita!!!! Kita rakyat yang ada maruah...... Jangan biarkan UBN 'treat' kita seolah-olah, kita rakyat otak di lutut. Mak oi..... tak sanggup ler aku!!! Korang aku tak tahu, tapi... harap-harap kita serupa ler.......


Woi..... ini teman nak bagi tahu UBN dan ejen-ejen perosak nyer, baguih sangat ler tu......kalor komer bubarkan DUN Perak. Molek bebenor....!!! Bubar DUN Perak ya..... bubar jangan tak bubar!! Bubar dengan segera..... sebab memang itu yang rakyat Perak tunggu-tunggukan!!! Baru ler nama nyer anak jantan yang bertelor!!! Berani menghadapi rakyat Perak..... untuk dapatkan kuasa secara sah.... bukan main rampas-rampas ikut suka hati komer jer......


Bagi para penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat Perak..... jangan leka dan jangan lena, tapi mesti sentiasa bersiap-sedia menghadapi apa jua kemungkinan yang bakal tiba. Seandai nyer, DUN Perak bubar, pastikan kerajaan Silver State ini milik kita semula!!!!

Takbir!!! Takbir!!! Takbir!!!

CD Sidang DUN Perak versi UBN sedang berkeliaran. Apa makna nyer ini???
M3M di PerakExpress.com


Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter