BANYAK SONGEH SANGAT..... REJECT JER!!!

Syarat Hashim Suboh sertai pembangkang...... Nak tahu, baca sini.
Ai... nak masuk pembangkang pun ada syarat??? Itu ler dia Hashim Suboh, bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis. Teragak-agak dia weh..... nak masuk ke, tak nak.... nak sertai ke, tak nak.... masuk ke, tak masuk.... masuk ke, tak masuk...????

Dari situ, kita dah nampak macam mana character dia. Jenis yang totok . Sebab tu, teragak-agak. Rasa nyer, dia ni, jenis yang tak tetap pendirian. Flip-flop..... Tapi, wallahualam ler, pulak!!! Itu persepsi peribadi teman. Orang lain teman tak tahu.....


Tengok pulak kata-kata dia.... konon nyer dia mendakwa, pengaruh dia lebih besor daripada pengaruh dan sokongan kepada Mat Isa, MB Perlis la ni. Macam ada pertandingan tarik-tarik tali pulak, antara puak Mat Isa Sabu dengan puak-puak Hashim Suboh, untuk menunjukkan siapa lagi power dan lagi banyak sokongan. Well.... obviously, it's all about power and position!!!


Pada teman, orang macam ni tak boleh percaya sangat.....sebab apa, yang dia pentingkan ialah kuasa dan kedudukan, dan.... bagaimana nak dapat kuasa dan kedudukan dalam politik khusus nyer di Perlis.


Sebab itu.... dia ambil sikap tunggu dan lihat, samada pembangkang boleh ke atau tak boleh bertapak dan berkuasa di Perlis. Apa kah, kalau dia nampak peluang pembangkang kukuh, baru dia nak tersua-sua menyertai pembangkang.... Tapi.... kalau keadaan pembangkang sebalik nyer, bagaimana??? Rasa nyer dia takkan sior..... nak menyertai pembangkang!! Buat apa sertai pembangkang kalor tak dapat apa-apa??? Bodoh ler, kan??? Orang macam ni tak der idealisme dan prinsip dalam perjuangan. Tak sincere..... tak der keikhlasan..... What matters most to them is POWER!!!

So.... Pakatan Rakyat, baik PAS, mau pun PKR, lupakan ler niat nak ngajak Pak Hashim Suboh ni, untuk menyertai parti komer. Tak der makna nyer. Jangan cari penyakit!!! Takut nanti, jadi macam Yeop Nasaruddin, katak minyak dari Bota Perak. Masuk sekejap, lepas tu, lompat balik ke dalam UMNO. Eeeiii.... tak mengasi betoi!!!


Kepada PKR..... kalau tak nak budaya UMNO meresap kaw-kaw dalam parti komer, REJECT HASHIM SUBOH!!!! Kita, kalau boleh..... nak 'dilute'kan budaya UMNO dalam PKR, supaya ada identiti tersendiri, bukan nak menebalkan nyer lagi!!! Oleh itu, nyahkan dan hindari, sebarang unsur-unsur budaya UMNO daripada meresap masuk ke dalam PKR dan juga PAS.


Weh.... kita jangan tamak dan pelahap sangat, nakkan pengaruh dan sokongan daripada taiko UMNO ni. Kalau depa nak datang kepada kita, biarlah dengan hati yang ikhlas dan nawaitu yang betoi.... iaitu, tanpa ada sebarang kepentingan diri!!! Kemasukan cara begitu, lebih berkat......

Lantaran itu, PAS Perlis ke.... PKR Perlis ke.... usah gatai-gatai, pi bukak mulut pada Hashim Suboh, jemput dia masuk parti hangpa. Belajaq berdiri pada kekuatan parti sendiri untuk menarik dan memperluas sokongan serta memperkasa parti hangpa tanpa mengharapkan bantuan daripada mana-mana taiko UMNO yang keluar parti kerana tak puas hati kerana kehilangan kuasa. Bahaya...... bahaya.....

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com

 
Load Counter