Timbalan Mufti Perak: Haram Hakim Rampas Hak Orang Lain

Saya tersangat jarang mengikuti siaran radio Klasik Nasional. Jika mendengarnya pun adalah kerana 'tersesat' siaran semasa dalam kenderaan. Mendengar lagu lama dalam Klasik Nasional sesekali memang sedap, tapi entah mengapa saya tidak begitu teruja untuk terus mengikutinya. Jika dalam kereta saya lebih suka memasang siaran radio Sinar FM atau kadang-kadang Hot FM dan Radio Ikim yang kandungannya lebih segar.

Tapi sebentar tadi saya terbaca dalam blog Suara Prima yang dikendalikan oleh Sasterawan Dharmala NS yang bercerita tentang takzirah Timbalan Mufti Perak dalam radio Klasik Nasional jam 6.45 petang tadi. Menurut blog itu, Timbalan Mufti dalam takzirahnya itu telah menyatakan antara lain bahawa hakim yang boleh disogok untuk memberikan hak orang lain kepada yang tidak berhak adalah haram kerana ditakrif sebagai rasuah berdasarkan ayat 188 surah al-Baqarah, yang bermaksud: "Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa,pada hal kamu mengetahui."

Ketika Mufti Perak akhir-akhir ini galak bercakap seperti ahli politik dari parti pemerintah, termasuk ketika mengulas keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini, namun Allah mengurniakan untuk Perak seorang Timbalan Mufti yang berani berkata benar. Walaupun beliau cuma seorang Timbalan Mufti, tetapi ketelusannya memberi pandangan tanpa dipengaruhi oleh sintemen kepartian seperti yang dilakukan ketuanya harus dihormati.


Oleh: pendikar gunung kriang

Sumber: http://pendikargunung.blogspot.com/

 
Load Counter