Ayoyo Wak Tempe....Tak Tau Undang-Undang Ka?

Keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Selangor (JKHK) menggantung perkhidmatan serta elaun dan keistemewaan Ketua Pembangkang Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo selama setahun tidak boleh dipersoalkan di mana-mana Mahkamah kerana itu adalah peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi JKHK, Teng Chang Khim dalam sidang media selepas mengadakan mesyuarat di bangunan Annex, SUK, Shah Alam. Beliau menegaskan, mengikut fasa 72 Perlembagaan Persekutuan jelas mengatakan bahawa urusan dalam sidang Dun tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

Chang Khim yang juga Speaker Dun berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khir yang akan membawa perkara tersebut ke mahkamah.

"Jawatankuasa tidak menghalang mana-mana orang termasuk Adun untuk membuat teguran terhadap Jawatankuasa atau Dewan, tetapi hendaklah mematuhi batasan," jelasnya.


(Sumber: Harakahdaily)

Ayoyo...Wak Tempe....apa nih....tak faham undang-undang ka? Itu la wak, masa jadi MB dulu eksyen sangat, sampai dengan pegawai kerajaan pun wak bagi penyapu. Sekarang bila hilang elaun, tau takut pula. Konon nak saman kerajaan Selangor, ya ler, dapat juga tampung biaya suntik botox di muka tu, tapi undang-undang kata tak boleh, apa nak buat.

Mau tak mau wak kena balik kampung jual tempe ler nak menampung kos tanam botox tu. Itulah wak, lain kali mulut kena jaga, perangai kena baik.

Sumber: http://pendikargunung.blogspot.com/



 
Load Counter