64% Kata Tidak, Tapi PM Dan TPM Kata Ya!

Nampaknya BN sudah buat keputusan untuk bertanding di Manek Urai. Ia berdasarkan kenyataan PM dan TPM secara berasingan kelmarin yang ingin BN bertanding. Malah TPM memberi amaran kepada PAS jangan over confident untuk menang kerana majoriti tidak banyak - 1,352 undi saja.

Mungkin dalam hal ini TPM teringat pengalaman PRK-PRK sebelum ini: Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Bukit Gantang, PR menambah bilangan undi yang diperolehi dan menambah jumlah majoriti berbanding PRU ke-12. Di Kuala Terngganu pula, dalam PRU ke-12 BN menang, tapi dalam PRK PR menang dengan majoriti yang selesa. Mungkin TPM ingat sudah 4 kali dalam PRK nasib menyebelahi PR, mungkin kali ini nasib menyebelahi BN pula!

Mengapa TPM seperti yakin BN boleh menang di Manek Urai? Adakah belaiu fikir slogan retorik Satu Malaysia dan PM Rakyat hasil angan-angan Najib itu boleh memperdaya fikiran orang Melayu? Jika orang Melayu yang kononnya educated pun hendak tergelak dengan retorik-retorik itu, apa lagilah orang kampung yang ramai terdiri dari kaki loyar buruk!! Atau dia fikir krisis Perak yang nampak seperti dimenangi oleh BN itu akan menambah sokongan Melayu kepada BN? Atau krisis Perak akan menjadi pemangkin yang menambah kebencian orang Melayu kepada BN?

Tapi apa pun, PM dan TPM sudah buat keputusan supaya BN bertanding. Keputusan MT Umno tentu tidak penting lagi bila PM dan TPM sudah buat keputusan. Keputusan akar umbi Umno juga tentu lagi tidak penting.

Kebetulan malam tadi juga saya mengikuti Berita 7.00 malam NTV7. Di hujung siaran NTV7 menyiarkan keputusan SMS mengenai soalan: Setujukah anda BN meletakkan calon di Manek Urai?

Keputusan SMS ialah:

Tidak setuju: 64%
Setuju : 36%

Mungkin penonton memberi pendapat BN tidak wajar bertanding di Manek Urai berdasarkan pendirian BN yang enggan menentang PKR di Penanti. Mungkin juga penonton terpengaruh dengan hujah pemimpin-pemimpin BN dalam kes Penanti. Atau mungkin juga mereka sudah tahu ia membazir wang negara sahaja kerana banyak 'mee segera' yang akan dihidangkan sebagai suapan untuk mengambil hati pengundi Manek Urai.

Setakat ini saya belum nampak tinjauan pendapat umum yang sama di media lain. Sedikit masa lagi mungkin ada yang membuat kajian yang sama mengenai sama ada BN wajar bertanding di Manek Urai. Tapi saya sangat yakin jika kajian dijalankan, pendapat orang ramai tidak jauh berbeza dari keputusan SMS NTV7.

Apapun PM dan TPM sudah buat keputusan mengenai Manek Urai. Pendapat SMS penonton dan pendapat rakyat tidak penting kepada PM Rakyat!


Oleh: pendikar gunung kriang

Sumber: http://pendikargunung.blogspot.com/

 
Load Counter