Poket UMNO Dah Nazak Sangatkah Sampai Buat Kerja Haram?

Betong, Thailand, 10 April 2009 - 4 orang Ahli UMNO dari komponen Pemuda Umno Bahagian Grik telah ditangkap oleh polis Thailand di Betong kerana mengedar pil Ecstacy. Dua daripada mereka merupakan AJK Pemuda Umno Grik manakala dua lagi merupakan ahli biasa.

Mereka ditangkap di pekan Betong, Thailand dan ditahan disebuah lokap polis dipekan tersebut.

Pada hari Ahad minggu lepas iaitu pada12hb. April, 2009 , Ketua Umno Bahagian Grik, DS Tajol Rosli bersama dengan Ketua Penerangan Umno Bahagian telah pergi ke Balai Polis Betong untuk menjamin pemuda-pemuda tersebut.

Sejumlah wang diperlukan untuk membebaaskan pemuda-pemuda tersebut dan Tajol Rosli telah membayar sejumlah RM60,000.00 bagi mendapatkan pembebasan mereka.

Menurut sumber-sumber dari mereka yang bertugas di IPD Gerik, kegiatan pemuda-pemuda Umno menyeludup pil Ecstacy dengan menggunakan van Umno bahagian telah lama dipantau, tetapi disebabkan kekebalan Umno dalam melanggar undang-undang menyebabkan tiada siapa yang berani mengambil tindakan.

Maka dengan itu polis Gerik telah bertindak untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada rakan mereka di Thailand.


(Sumber : Sha Reformis)


...............................................................................................

Membaca berita dari blog Sha Reformis itu membuat saya geleng kepala. Eh, sudah kosong dan nazak benarkah poket kerabat Pemuda UMNO ni, hingga sanggup berkelana ke selatan Thailand untuk menjual pil haram ectacy? Tapi mengingatkan kini zaman kemelesetan ekonomi, jadi tak hairanlah ada yang sanggup berniaga hingga ke Tahailand untuk dapatkan rezeki mudah.

Cuma yang saya tak faham ialah mengapa berniaga benda haram bernama ectasy tu pula? Kalau ditangkap setakat menjual kain batik, kain pelikat, ular sawa atau harimau kumbang masih boleh diterima, tapi jual pil ectacy? Silap haribulan takut pula kena hukum tembak di Thailand, waduuuh....malu besar, bukan setakat UMNO, tapi satu Malaysia malu.

Tapi dalam hati berkata nasib baiklah juga yang kena tangkap buat jahat tu orang UMNO. Jika yang kena tangkap ialah orang PAS, PKR atau DAP, seminggulah juga kes itu akan dijaja dalam Berita TV3 dan RTM!!!

- pendikar gunung kriang

Sumber: http://pendikargunung.blogspot.com

 
Load Counter