Penanti : Dr Mansor Calon Pakatan Rakyat Lawan Dr M UMNO?

Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman, 56, dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini.

Pengumuman mengenainya dibuat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan ribuan penyokong pada satu majlis di Yayasan Aman di sini malam ini.

Anwar berkata, pemilihan beliau sebagai calon adalah tepat berdasarkan latar belakang pendidikan yang tinggi, kekananannya dalam parti, seorang pemimpin yang matang dan kemampuannya menerajui perjuangan parti di negeri ini.

Bekas Prof Madya di Pusat Penyelidikan Dasar Universiti Sains Malaysia (USM) itu memegang Sarjana Sains Kemasyarakatan dari USM serta Sarjana Sastera dan Sarjana Falsafah (M.Phil) dari University of Yale, pernah menjadi setiausaha politik Anwar semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Pada pilihan raya umum 2008, Mansor bertanding di DUN Pulau Betong menentang Muhamad Farid Saad dari BN tetapi tewas dengan majoriti 294 undi setelah mendapat 4,696 undi.

Pilihan raya itu diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin, 33, pada 16 April lalu kerana hendak menyambung pelajaran di peringkat pasca ijazah.

Mohammad Fairus sebelum itu turut meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berikutan dakwaan terlibat dengan rasuah.

Khamis lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun menjelaskan ia tidak ada asas untuk mendakwa beliau.

Pada pilihan raya umum lalu, Mohammad Fairus memenangi kerusi DUN Penanti dengan majoriti 2,219 undi setelah mendapat undian sebanyak 7,346 berbanding pencabarnya dari Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Jalil Abdul Majid yang menerima 5,127 undi.

DUN Penanti mempunyai 15,384 pemilih berdaftar - 72.68 peratus darinya pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa.

Sementara itu, Mohammad Fairus muncul buat pertama kalinya di khalayak ramai pada majlis malam ini, selepas menyepi selama lebih sebulan.

Pada majlis itu beliau mengumumkan sokongannya kepada Mansor dan taat setia kepada parti.

Barisan Nasional bagaimanapun belum mengumumkan keputusannya samada untuk bertanding atau pun tidak di dalam pilihanraya kecil N12 Penanti. Presiden UMNO sebelum ini menyatakan kemungkinan BN tidak bertanding kerana menyifatkan ia sebagai pembaziran masa, tenaga dan wang ringgit dan cadangannya itu mendapat sokongan dari pemimpin-pemimpin BN yang lain seperti dari UMNO sendiri, MCA, Gerakan dan PPP.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir perlu menyuarakan bahawa BN perlu bertanding dan terdapat gesaan dari beberapa pihak agar Dr. M dicalonkan atas tiket BN untuk berdepan Dr. M di Penanti nanti.

Kerusi DUN Penanti berada di dalam Parlimen Permatang Pauh. Pada pilihanraya umum 2008, kerusi itu dimenangi oleh Mohd Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat yang memperolehi 7,346 undi mengalahkan Datuk Abd Jalil Abd Majid yang memperolehi 5,127 undi. Majoriti undi yang diperolehi oleh PKR ialah 2,219 undi. -Greenboc

http://greenboc.blogspot.com/

 
Load Counter