Nizar - UMNO Tidak Berhak Melangkaui Keputusan Mahkamah Adakan Sidang DUN

UMNO perlu bersikap rasional dan menangguhkan sidang dewan undangan negeri Perak pada 7 Mei depan sehingga isu dua menteri besar Perak diselesaikan. Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata UMNO tidak perlu terlalu ghairah mengadakan sidang DUN itu apabila banyak persoalan mengenai perlembagaan negara dan negeri masih belum diputuskan.

Beliau berkata demikian setelah Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Zambry Abd Kadir dari UMNO untuk mendapatkan perisytiharan bahawa beliau adalah MB yang sah.

Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebulat suara memutuskan bahawa pertikaian antara Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengenai siapa menteri besar yang sah akan didengar dan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.

Di luar mahkamah, Mohd Nizar berkata kepada pemberita bahawa keputusan hari ini adalah petanda yang krisis politik Perak akan dapat mencapai penyelesaian muktamad.

"Saya harap persidangan Dewan Undangan Negeri 7 Mei ini ditangguhkan sehingga pertikaian ini diselesaikan di Mahkamah Tinggi. Tidak perlulah kita tergesa-gesa (untuk membuat persidangan itu) kerana terdapat banyak fakta-fakta yang dipertikaikan di sini," katanya.

Selain cuba memintas Mahkamah Tinggi, Zambry telah menggerakkan usaha untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei.

Pembinaan semula tugu bawah pokok demokrasi dihalang MBI

Usaha Pakatan Rakyat untuk membina semula tugu di bawah pokok demokrasi di Ipoh Perak dihalang Majlis Bandaraya Ipoh dan Polis Bandaraya. Mereka bertindak bagi memastikan tugu dan pokok demokrasi luput daripada ingatan orang ramai.

Sumber: http://greenboc.blogspot.com/

 
Load Counter