IBRAHIM ALI MASIH BELUM SEDAR DIRI???

Raja Katak badut ni, memang pak lawak nombor 1 negara. Kerana suka sangat melompat dan apabila dah lama tak melompat, dia semacam dah ketagih nak melompat.... meroyan dia!!!! Sampai kompius ler otak nyer.... Dia bertanding atas tiket PAS/Pakatan Rakyat tapi lagak nyer.... bunyi nyer..... suara nyer... macam orang sebelah sana.
Alahai.... macam nak mengambik hati demer pulak. Ater, nyimpan hajat..... hajat apa ler kira nyer, sudi demer meminang dia semula. Dulu udah dicerai demer ke dia dengan talak tiga. Nak rujuk balik dah tak boleh. Ater, lepeh tu dia merenyeh pulak dengan PAS. Pas kesian ke dia sebab udah tak berteman. Masa tu ler PAS pungut dia.... kira 'cina buta' ler dia dengan PAS. Dalam PRU 12, Ismail Noh bagi peluang dan 'lepaskan' dia bertanding di Pasir Mas. Berkat sokongan kuat PAS, dia menang. Jadi ler dia 'Bebas'. Udah bebas..... lagak nyer udah berubah bebenor. Teman 'cina buta' nyer, udah serba tak kena..... nampak tak elok belaka di mata dia. Komen itu... komen ini... kritik itu... kritik ini... !!

Rupa nyer... dia udah syok balik dengan janda lama dia.... Lepas 'cina buta', pikior dia, boleh ler kahwin semula dengan janda lama. Tapi janda lama dia, dah tahu siapa dia raja Katak badut ni. Buruk perangei nyer komer, siapa sior.....!!! Menjelejeh ayor dia komer... nunggu pinangan tapi tak jugak kunjung tiba. Agak nyer, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong kut....

Hari ini, kata dia, nak buat referendum pulak di Pasir Mas. Nak tahu pandangan orang di kawasan Pasir Mas, niat dia nak kembali ke pangkuan janda lama diterima atau ditolak oleh demer. Orang di sana, sebenor nyer tak nak dia buat referendun, tapi..., nak dia letak jawatan sebagai MP tapi dia perasan ramai orang masih sukakan dia. Cer komer tengok, masa PRU 11, dia tanding sebagai calon bebas tapi kalah dengan Ismail Noh. Makna nyer, deme pilih PAS dan tolak dia. Dalam PRU 12, Ismail Noh kerana kesian ke dia, bagi peluang dia bertanding atas tiket PAS, walaupun dia bebas. Ingat komer..... atas tiket PAS. Dan... dia menang atas tiket PAS. Makna nyer, sebenor-benor nyer, orang masih pilih PAS bukan pilih dia. Tapi, mamat putar alam ni, tak sedor diri betoi.....!!

Itu ler.. kalau dah kena penyakit tak sedor diri, susah..... Dia tak sedor, apa yang berlaku... orang getik ke dia, dia kata orang suka ke dia...... orang suruh dia letak jawatan, dia kata apa hal pulak aku nak letak jawatan. Kompius mamat ni....

Bior jer ler ke dia.... nak buat referendum ke, nak anjurkan Konvensyen Perjuangan Rakyat ke... bior kan dia. Mana ler tahu, kut-kut nanti dia akan sedor diri dan tahu siapa diri yang sebenar nyer. Teman pun mungkin kompius jugak... blurr sikit tentang satu hal. Raja Katak badut ni, ada ke.... tak de ke.... menerima pinangan sungguh-sungguh dari janda lama dia?? Yang membuat pengakuan dan berbunyi..... cuma ejen dari Kelantan jer... Hok di pusat, ada ke suruh orang pinang semula katak ni. Teman tak dengor pulak. Kalor teman silap, cer komer perbetulkan. Mana ler tahu, kut ter'miss' apa-apa maklumat tentang katak ni ke??

Bukan apa.... teman takut dia ni masih belum sedor akan diri nyer lagi. Lalu ke... nak hidup dalam alam mimpi dan khayalan sokmo??? Takut nanti, yang dikejor tak dapat, yang di kendong tercecior.... Tapi, for sure nyer.... nama katak ni akan terkubur dalam PRU13 nanti. Itu teman boleh gerenti...... Sekarang apa dia nak buat, suka hati dia ler.... biorkan dia bahagia buat sementara waktu ni......

http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter