Oleh: WFAUZDIN NS
KERAJAAN telah memberi kebenaran untuk Perhimpunan BERSIH 3.0 yang dijadualkan pada 28 April ini. Baca laporan di SINI. Suatu keputusan awal yang hanya boleh dipuji awal, tetapi kita jangan lupa bahawa rejim ini bukan tidak pernah menipu.
Adakah kita lupa bagaimana kita ditipu mentah-mentah semasa kita memohon untuk mengadakan Perhimpunan BERSIH 2.0 dahulu? Bukankah Najib secara terbuka menyebut Kerajaan tidak kisah BERSIH berhimpun, asalkan dibuat di dalam Stadium? Maka, BERSIH pun memilih Stadium Merdeka untuk kita berhimpun. Apa yang berlaku? Kita terpaksa berdepan dengan gerombolan topi merah ketika kita sedang menuju ke Stadium Merdeka. Ramai di antara kita tercedera, bahkan ada yang terkorban di sebalik kebenaran berhimpun yang kononnya diberikan oleh rejim penipu ini.
Kali ini menteri rejim pun berkata BERSIH 3.0 boleh berhimpun. Menteri ini sepupu kepada Najib, ertinya sedikit sebanyak perangainya ada persamaan. Namun kita harus bersedia dengan sebarang penipuan dari pemimpin dari parti yang sememangnya hidup hanya untuk menipu. Jangan mudah leka, dan jangan lalai dengan reaksi Menteri Dalam Negeri itu. Beliau berkata, berhimpun dibenarkan asalkan tidak mengganggu ketenteraman awam. Bayangkan, jika konsert di tengah-tengah bandar dengan tarian gila babi sehingga larut malam tidak dikatakan mengganggu ketenteraman awam, dengan berbagai acara larian dan berbasikal serta perarakan raksaksa diadakan tidak juga mengganggu ketenteraman awam, lojikkah perhimpunan yang dihadiri orang ramai yang hanya `Duduk dan Bantah' selama lebih kurang 2 jam boleh dikatakan menganggu ketenteraman awam?
Satu keputusan nekad dan muktamad, iaitu dibenarkan untuk berhimpun atau tidak, BERSIH 3.0 wajib diadakan kerana jelas dan nyata ianya tidak menyalahi undang-undang.
Sumber: http://wfauzdin.blogspot.com/
Browse » Laman Utama
KERAJAAN BENARKAN BERSIH 3.0 - JANGAN TERTIPU LAGI
PKR PENGKALAN HULU, Wednesday, April 11, 2012
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|