Kalau Takut Dipukul Badai, Usah Berumah Di Tepi Pantai.... Pepatah ini memang sesuai sesangat dengan PKR. Walau pun, badai melanda tetapi PKR tetap macam tu juga. Kalau takut pada risiko... takut pada cabaran dan rintangan, baik tak payah berjuang dalam politik. Semua itu adalah ujian yang mendewasa dan mematangkannya. Nampaknya... setakat ini, PKR tahan diuji. Bravo!!
Itu yang buat UMNO/BN resah dan gelisah. Serba tak kena mereka dibuatnya. Tapi mereka tak putus asa. Terus-terusan dengan menggunakan pelbagai helah, mereka cuba dan guna dengan sedaya upaya, untuk melemahkan PKR. Selamat mencuba ya....
Pelbagai fitnah ditopedokan ke arah mereka dan ditambah pulak dengan gejala katak melompat, kononnya mahu bebas dari PKR tetapi kapal berlabel PKR tetap belayar megah di persada lautan politik Malaysia. Apabila dipukul badai, biasaler.... terhayunlah sikit bahtera itu, tapi... taklah sampai boleh menenggelamkkannya.
Katak-katak di dalam PKR adalah bebanan yang sarat. Mereka boleh membahayakan kapal. Terlalu sarat dengan bebanan boleh menyengget dan tak mustahil menenggelamkan terus kapal. Jadi kepergian mereka amat dialu-alukan. Selain itu, biawak hidup yang bertindak sebagai gunting dalam lipatan juga telah ditendang keluar. Syukurlah.... bebanan dah semakin kurang.
Tak per.... tak per.... kesilapan yang dilakukan boleh dijadikan pengajaran yang paling berharga. Kita belajar dari kesilapan. Kesilapan menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya. Ini maknanya.... PKR is heading in the right direction.
Apa-apapun.... attack mereka pasti akan berterusan. Tipu terkini.... cerita yang tersebar, kononnyer, 50 anggota PKR bertindak keluar, meninggalkan Mesyuarat Agong PKR Cabang Kuala Selangor adalah rekaan semata-mata. Di sini penjelasan cerita yang sebenarnya.
Jadi... jangan mudah percaya auta mereka. Selidik dulu. Sebab, sekarang mereka sedang melancarkan perang saraf pula dengan menggunakan ejen media propaganda mereka.
Sekarang, mereka juga guna 'senjata chemical' yang menyerang saraf kita. Bahaya... Awas!!! Berwaspada... jangan terpedaya!!
Ai.... begitu terdesak sekali?? Nampaknya begitu ler...
Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/
Browse » Laman Utama
Awas!! Ala-ala... chemical warfare ni.
PKR PENGKALAN HULU, Tuesday, March 16, 2010
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|