Juara katak nak jadi juara Melayu

Alahai katak... apa nak jadi dengan ko entahlah. Katak berjenama BEBAS dari Pasir Mas Kelantan ini beriaya-iya melakukan apa saja asalkan boleh terus relevan. Itulah nasib barangan dah tamat tempoh. Dah EXPIRED!!


Modal lain yang boleh digunakannya udah tak da. Jadi terpaksalah guna idea yang lapuk iaitu mempergunakan "Melayu" . Dia kini jadi presiden Perkasa. Perkasa ditubuhkan sebagai satu saluran bagi orang melayu untuk memperjuangkan nasib mereka. Perkasa akan jadi SUARA orang Melayulah kononnya. Konoooonnya......


Siapa yang menjadikan nasib orang Melayu malang?? Malangnya Melayu kerana Melayu... Melayu-UMNO. UMNO yang menjadi punca, Melayu dihina... Melayu dipersenda dan Melayu ketinggalan dalam arus pembangunan dan ekonomi. Dan... apabila Melayu di'sentuh' Melayu UMNO mengamuk. Pigiiiraahh.... hipokrit!!!


Mereka ini.... jenis Melayu yang tak mahu menerima realiti. Melayu yang masih diulit mimpi. Melayu yang mamai. Melayu poyo. Species Melayu ini ialah Melayu-UMNO yang tak habis-habis nak mempergunakan Melayu dan memperbodohkan Melayu. Aku pun Melayu..... sebab tu aku marah dengan Melayu sepcies ini. Buat malu kompeni ajer!!


Ha ha ha ha.... dan senjata yang dipilih oleh katak Pasir Mas untuk mempertahankan Melayu ialah keris. Weh... itu senjata zaman tok kaduk. Udah tak relevan lagi. Macam tak relevannya Ibrahim Ali di persada politik tanah air. Keris dan Ibrahim Ali sudah boleh dijadika artifak Sejarah yang hanya layak dipamerkan di muzium. Bezanya kedua-dua artifak ini ialah.... keris, artifak yang ada nilai kerana ia senjata tradisional Melayu tetapi si katak Ibrahim Ali pulak artifak yang tidak ada nilai. Ia layak diletakkan di muzium supaya orang kenal rupa ahli politik.... species yang tak tahu diuntung.

Aku rasa ler.. Perkasa ini nanti, kerjanya hanya berdemo jer ler. Ia dipergunakan untuk berdemo.... bagi memperdengarkan SUARA yang kononnya nak mempertahankan hak Melayu. Dengan lain perkataan, ia akan diperkudakan oleh UMNO.... supaya yang MEMPERKUDA tak nampak bangang tetapi yang DIPERKUDA kelihatan bangang! Sebenornya.... dua-dua bangang!!

Cer komer tengok dalam gambar di atas. Siapa lagi yang turut diheret supaya kelihatan bangang sama?? Aha.... komer.... seeerupaaaa!!

Yeehah... Yeehah... Yeehah!!!

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter