SAMAR MENYAMAR : PEGAWAI KHAS NIZAR KENA TANGKAP?

Disaat situasi politik yang tidak menentu di Perak sekarang ini, maka ramailah 'mamat' yang akan menyamar diri atau 'disamar diri' mereka oleh orang tertentu untuk mengaut keuntungan samada dari segi politik atau apa-apa sahaja.

Musuh akan mencari apa juga peluang untuk memburuk-burukkan PAS dan PR demi mencapai keuntungan politik mereka.

Maka akan tersebarlah cerita Pegawai itu pegawai ini (yang dikatakan ada kaitan dengan pemimpin PR) rasuah, kena tangkap dan sebagainya.

Ini merupakan cara politik tidak bertamadun yang menuduh orang tanpa bukti kukuh sekadar untuk memalukan seseorang.

Diharapkan taktik dan strategi begini tidak digunakan lagi pada masa akan datang kerana ianya berunsur fitnah dan tohmahan belaka.

Berita yang keluar di TV 3 kononnya seorang Pegawai Khas Datuk Seri Hj Muhammad Nizar Jamaluddin ditahan SPRM adalah mengejutkan semua bekas Pegawai Khas Datuk Seri Hj Nizar dan pegawai-pegawai khasnya yang masih bertugas di pasir Panjang dan di Parlimen Bukit Gantang.

Setiausaha PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki menafikan berita tersebut. Di dalam blog beliau berkata dakwaan yang dibuat oleh berita di TV3 adalah palsu dan berniat jahat. Sekalipun yang ditahan mengaku sebagai pegawai khas Hj Nizar, sepatutnya TV3 terlebih dahulu mendapat pengesahan daripada YB Dato' Seri Hj Nizar adakah orang tersebut benar-benar pegawai khasnya.
Ternyata setelah disemak tidak ada seorang pun pegawai khasnya yang ditahan oleh SPRM. Berita yang keluar di TV3 malam tadi cukup memalukan. Berita ini telah menjejaskan reputasi beliau sebagai Ahli Parlimen dan juga ADUN, juga sebagai Menteri Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Sehubungan dengan itu, YB Dato' Seri sedang berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang.

Sumber: http://mutaligat.blogspot.com/

 
Load Counter