Oleh: WFAUZDIN NS
TAJUK popular akhbar hari ini adalah untuk melambangkan keprihatinan kerajaan dengan semangat rakyat diutamakan iaitu dengan pengumuman `harga gula kekal'. Maka, berbuihlah mulut puak-puak ber`mazhab' Umno/Bn bercakap sesama mereka betapa baik hatinya kerajaan kita kerana tidak menaikkan harga gula.
Saya tidak tahu sampai bila ada di antara kita boleh mejadi cerdik. Mengapa terlalu mudah diperdaya sedemikian rupa? Lupakah kita bahawa kita telah di`hadiah'kan dengan pengumuman kenaikan harga gula menjelang tahun baru 2010? Oleh itu, pelik apanya jika tidak sampai beberapa hari, kerajaan umumkan harga gula kekal? Memanglah, masakan harga gula akan naik setiap hari. Saya tidak pasti cerdik atau bodohnya Menteri yang mengumumkan harga gula kekal itu. Apa yang pasti, kita yang melompat riang dengan pengumuman itu menjadi tolol.
Lebih melucukan pula, Menteri itu kata rahmat kenaikan gula itu boleh menjaga kesihatan rakyat. Kerajaan naikkan harga gula untuk pastikan rakyat kurangkan penggunaan gula. wah, baiknya kerajaan Umno/Bn ini. Bagaimana pula dengan makanan atau sayuran yang boleh menjaga kesihatan? Kerajaan turunkan ke? Jika yang bahaya pun naik harga, yang baik untuk kesihatan pun naik harga, jadi sebenarnya apa? Sebenarnya memang hendak naik harga kerana nama BN itu sendiri ada yang menafsirkan sebagai `Barang Naik' (BN). Jadilah cerdik sedikit wahai rakyat Malaysia.
Sumber: http://wfauzdin.blogspot.com/
Browse » Laman Utama
HARGA GULA KEKAL, KITA JANGAN JADI BODOH
PKR PENGKALAN HULU, Wednesday, January 20, 2010
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|