Sejak semalam, berdesas-desus khabar angin bertiup kencang memberitakan yang satu PRK sulung 2010 akan diadakan bagi kawasan parlimen, P 94 Hulu Selangor. Fuuulammaakkk.... beraya lagi kita di awal tahun!!
Berita ini, yang peratus kesahihannya amat tinggi adalah kerana keadaan kesihatan penyangdangnya Dr Zainal Abidin daripada PKR, yang kini sedang sakit dan akan menjalani pembedahan. La....kesian kat dia. M3M doakan semoga Allah SWT merahmatinya dan semoga beliau akan menjalani pembedahan dengan selamat dan jayanya serta cepat sembuh.
Apa-apa pun, kita tunggulah pengumuman rasmi daripada Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim. Selain itu, kita juga mesti bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan PRK P94 diadakan.
Rasanya pesta pilihan raya kali ini, UBN akan hilang kemanisan mereka akibat tindakan mereka menaikkan harga gula. Ha ha ha... UBN akan jadi tawor lesio. Siapa pun tak sior sebab tak da umph!!
Fuiyo... kempen kita pulak nanti, pasti 'dangdut' punyer, siap dengan 'gelek gerudi' Inul. Yes... UBN pasti kena gerudi punyer!!!
Apa tidaknya, isu-isu hot menyebelahi kita. Isu harga gula naik, isu charge RM50 untuk kad kredit, isu GST, isu enjin kapal terbang hilang, isu pendedahan PI Bala, isu seludup wang keluar negera secara haram, isu rasuah... biasa ler, isu pembaziran wang rakyat terhadap pembelian dakwat kekal oleh SPR dan banyak lagi. Kempen kita kali ini,kaya isu weh... UBN pasti tertonggeng!!
Di sini kita sudah ada advantage. Lantaran itu, PKR mesti sediakan calon yang ada integriti, kredibiliti dan bereputasi tinggi. Gabungan isu dan calon yang sesuai pasti akan membuat UBN menonggeng, gigit jari.
So.... PKR, get ready. On your mark.... get set.... GO!!!
Sumber gambar: tranungkite.net
Sumber Artikel: http://motherof3mohd.blogspot.com/
Browse » Laman Utama
Ha ha..UBN pasti kena gerudi dengan isu!!
PKR PENGKALAN HULU, Friday, January 1, 2010
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|