UMNO `MENJUAL', AYUH, KITA `MEMBELINYA'

Oleh: WFAUZDIN NS


TERNYATA, Umno Selangor di bawah Najib teramat lemah untuk merampas kembali Selangor dari PR. Apatah lagi kebijaksanaan DS Anwar yang cepat-cepat `bertakhta' di Selangor selaku Penasihat Ekonomi dengan elaun RM 1 nampaknya membuatkan misi Umno untuk meruntuhkan kerajaan PR di Selangor semakin malap. Umno sedar, tanpa bantuan PAS mustahil buat Umno untuk menapak kembali di negeri terkaya itu. Sebelum ini berbagai usaha telah dilakukan oleh Umno untuk menarik perhatian rakyat Selangor kononnya Umno lebih baik mentadbir negeri itu dari PR.

Semua muslihat telah dilakukan oleh Umno dengan bantuan media pencacai mereka. Mereka memulakan dengan isu penyelewengan kononnya yang telah berlaku di Selangor oleh MB Khalid sehinggakan membuat cerita lawak tentang isu lembu korban. Isu ini tidak laku malah ditertawakan dan mereka bermain pula dengan `kepala lembu' yang diarak. Isu ini memakan diri sendiri. Wah, tiba-tiba Umno menjadi parti pejuang Islam apabila memainkan isu arak dan judi di Selangor dan buat-buat lupa siapa yang melulus kemasukan arak dan lesen judi terbesar di negara ini. Ini semua ditertawakan oleh rakyat Selangor yang bijak, cuma yang bodoh sahaja terhangguk-hangguk dengan cerita lawak Umno ini.

Kisah tabung Balkis, kisah rumah Khir Toyo dan lawatan Balkis yang melibatkan dana yang besar terus dilupakan oleh mereka. Laporan Selcat yang siap dengan bukti serta saksi langsung tidak menjadikan pemimpin Umno semakin cerdik malah mereka terus dengan kedunguan mereka. Kini, mereka mencari rakan untuk bersama mereka agar impian mereka untuk merompak kekayaan negeri Selangor tercapai. Mereka tidak lagi percaya kepada rakan kongsi mereka seperti MCA atau MIC yang semakin tenat itu. Umno kini lebih yakin bahawa PAS sahaja yang boleh membantu mereka untuk merampas kembali Selangor.

Maka, dikatakan akan ada memorandum untuk diserahkan kepada PJ PAS Selangor Dr Hassan Ali agar PAS keluar dari PR. Lawak ini mungkin penghujung segala lawak oleh Umno dalam edisinya tahun ini. Persoalannya, memorandum itu berharga atau tidak buat PAS? Jika PAS Selangor merasakan memorandum itu berharga dan bernilai, ambillah dan ucaplah terima kasih kepada Umno. Tetapi jika PAS Selangor merasakan memorandum itu tidak ubah seperti `helaian kertas tandas', maka letakkan sahaja memorandum itu di dalam tandas-tandas awam di Selangor untuk digunakan. Jimat sedikit peruntukan tandas-tandas awam di Selangor.

Kita akan melihat samada Dr Hassan Ali punyai keberanian atau tidak berdepan dengan Umno Selangor ini. Kewibawaan Dr Hassan Ali berdepan dengan `badut-badut' Umno itu nanti akan membuktikan komitmen beliau selaku PJ PAS Selangor. Apakah PAS Selangor serta rakan-rakan di dalam PR di Selangor akan bertindak balas sepertimana di Kelantan dengan menghimpunkan berpuluh ribu orang untuk menunjukkan bahawa kerajaan Negeri Selangor sekarang tidak boleh dipermainkan? Pemimpin PR Di Selangor boleh berfikir untuk bertindak sedemikian kerana apabila Umno berani `menjual', ayuh, kita mesti `membeli'nya.

Ayuh, PR Selangor kita berhimpun dan tunjukkan kepada Umno betapa kita tidak semurah yang mereka sangkakan. Sekali Umno terkena, InsyaAllah, mereka akan cerdik sedikit selepas ini.

Sumber: http://wfauzdin.blogspot.com/

 
Load Counter